Diskusi Ilmiah oleh Supersenior

Seperti tajuk yang ditaip.. pada isnin, 4 ogos lepas... sesi ke-2 diskusi ilmiah oleh Alumni a.k.a Super mantan PERTAMA juga.. Abang Azim telah pun diadakan...

Pada kali ini.. kals diadakan di FSSK bilik 428.. dan telah dihadiri oleh 3 orang muslimin termasuk aku dan 6 orang muslimah yang terdiri dari ajk PERTAMA dan mantan-mantan. Yang lebih membanggakan klas pada kali ini juga dihadiri oleh pelajar tahun 1...
harap penglibatan pelajar tahun satu akan lebih bertambah selepas ini untuk klas selepas ini..

Abang Azim adalah seorang bekas graduan FTSM yang sekarang ni bekerja di Bank Muamalat. Beliau juga merupakan bekas Pewakilan FTSM di PMUKM dan beliau sangat aktif dalam berorganisasi dan cemerlang dalam akademik.

Pada sesi kali ini, kami telah didedahkan dengan permasalahan yang berkaitan dengan perniagaan iaitu penggunaan riba.
Selain itu kami juga dapat mengetahui sedikit sebanyak kebenaran disebalik udang yang terselindung disebalik mii.... lol
Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan kitab berjudul 'Golongan-golongan yang tercicir dalam jalan dakwah'.. dan dipercayai sesi akan datang akan menggunakan sumber ilmiah dari kitab tersebut..
so.. kepada mereka-mereka yang terasa tercicir... joinlah diskusi oleh Abg Azim pada akan datang

Diskusi ilmiah ini adalah anjuran Biro Kerohanian PERTAMA.. jadi thanx kat diorang yang mengadakan program bermanfaat sebegini...

-Exco ICT-

No comments:

Pages