Wednesday, 6 August 2008

Persiapan Booth PERTAMA PESTA KONVO 36

2

hari ini dalam sejarah, Persiapan Pesta konvo bagi hari terakhir telah pun mengundang kepada peristiwa men'SETUP' booth FTSM bagi event tersebut.




PERTAMA telah mengadakan meeting pada pukul 2 petang bagi mengaturkan prosedur mengemaskini booth dengan plan masing-masing. Kemudiannya, progres sebenar berjalan pada lebih kurang jam 8.30 pm dan telah disertai sebilangan besar AJK PERTAMA.



Hampir 80% hiasan dan barang pameran telah pun berjaya disusun aturkan di tempat kejadian dan saki bakinya akan disambung pada hari pelancaran Pesta Konvo itu sendiri..

Setelah membuat beberapa pandangan kepada booth ftsm. Aku mendapati booth FTSM mempunyai kebarangkalian yang agak tinggi untuk dikunjungi pengunjung Pesta Konvo. Antara beberapa sebab yang ketara boleh di lihat adalah lokasi yang berada di lot corner dimana posisi ini adalah amat strategik bagi pengujung yang lalui dari 4 penjuru berlainan. Selain itu, Kedudukan yang berada di tengah dan berhadapan dengan pintu utama Dewan Gemilang ini juga merupakan advantage yang boleh diguna pakai untuk menarik pengujung mahupun dari pintu keluar sekalipun dengan subjek yang kita ada seperti robot dan animasi.
Akhir skali, dari segi persaingan. Setelah membuat peninjauan dari booth2 di sekeliling booth FTSM, aku mendapati booth kita adalah yang berkemungkinan paling menonjol dari segi props. ini kerana booth yang dijangka akan mempamerkan props2 yang canggih seperti perubatan, kejuruteraan dan FST tidak berada dilingkungan penglihatan.
Walaubagaimana pun, ini hanyalah hipotesis awal yang mungkin berlaku, tapi takdir tuhan sape la yang tahu kan...

akhir skali, harap PERTAMA dan ahli-ahlinya dapat bekerja dengan penuh komitmen dan semangat untuk menjayakan pameran booth FTSM ini.

-tojo :P-

2 comments:

KEDUA said...

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat??
FTSM gabung ngn FST ke??

sejak bile tuka name neh..
mmg kesilapan ke?
kalu silap cmne ley upload cni?
sensitiviti fac harus dijage

PERTAMA FTSM said...

Err..Ape masalah nyer nie? FTSM tu la Fak Teknologi & Sains Maklumat... FST - Fak Sains dan Teknologi...
Aper yg gawat nyer nie? Hmmm....