Saturday, 9 August 2008

Tahniah Graduan FTSM!!!

1

Pada hari ini bersamaan 9 Ogos 2008 bersamaan hari sabtu bersamaan dengan sehari selepas Pelancaran Sukan Olimpik Beijing, .. para staf FTSM telah pun menjalankan majlis anugerah graduan di fakulti. Program ini adalah anjuran Fakulti sepenuhnya dan turut dibantu oleh AJK PERTAMA.


Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara para graduan serta keluarga bersama para pensyarah dan tidak ketinggalan kakitangan sokongan FTSM..

Majlis bermula dengan sampainya para keluarga abang2 dan kakak2 kita ke fakulti dalam jam 8.30 ke 9.30 am.. Ucapan Pengerusi majlis iaitu saudara Amir selaku Tim.Exco Publisiti PERTAMA menggerakkan majlis tepat jam 9.30 am. Majlis kemudiannya diserikan dengan bacaan doa majlis oleh saudara Solehan selaku Tim.Exco Kerohanian PERTAMA.
Seterusnya, TDA memberikan sepatah dua kata bagi menyempurnakan penerangan mengenai tujuan asal majlis ini diadakan.
Majlis dimeriahkan dengan penyampaian sijil untuk para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta aktiviti kokurikulum sepanjang pengajian. Penyampaian sijil ini telah pun memberi pendorong bagi kami yang melihat supaya lebih berjaya dan mengatasi pencapaian para senior. insyaallah...



Majlis diteruskan dengan sesi bergambar mengikut jabatan masing-masing dan bagi menambahkan nilai sesi tersebut, para pensyarah dan ahli keluarga di jemput untuk bersama-sama bergambar..
Majlis bersurai sebaik saja sesi bergambar tamat..

Akhir kata, program pada hari ini agak berjaya dari segi teknikal walaupun terdapat sedikit kecacatan dari pandangan hadirin. Dan dengan harapan majlis sebegini dapat diadakan setiap kali anugerah graduasi pelajar diadakan bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara pelajar dan FTSM.

1 comments:

faris--TK grad 2008 said...

yey..ade gamba akuu..huhu..-faris--TK--