Wednesday, 21 September 2011

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar 2011/2012

0

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

(klik pada gambar untuk lebih besar)

    Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar bagi sesi 2011/2012
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) akan diajalankan dalam masa sehari
sahaja iaitu pada hari 22 September 2011 (Khamis)
pada jam 8:30 pg sehingga 12:00 tgh.

Dalam satu hari ini pelajar2 akan diberi keterangan2 tentang kelab2
dan persatuan yang terdapat di FTSM di dalam Dewan Persembahan Multimedia
yang terletak di bangunan baru.

*Kepada pelajar2 Tahun 1 adalah diwajibkan untuk menghadirinya.

Manakala kepada pelajar2 yang lain boleh la juga untuk
menghadirkan diri jika ingin mendaftarkan diri dalam
kelab2 seperti ROIC, Robbot Soccer, Open Source, dan PCC.

Agenda/Tentatif program:
8.30 am
PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 BERKUMPUL DI DEWAN MULTIMEDIA
8.45 am
VIDEO KORPORAT (GIMIK)
8.50 am
KETIBAAN VIP
-          DEKAN FTSM
-          PENSYARAH-PENSYARAH FTSM
8.55 am
UCAPAN ALUAN PENGURUSI MAJLIS
BACAAN DOA
9.05 am
UCAPAN PERASMIAN MINGGU PENGENALAN FAKULTI OLEH DEKAN FTSM
9.25 am
PERARAKAN KELUAR DEWAN DAN JAMUAN RINGAN  VIP
9.30 am
UCAPAN YDP PERTAMA
-          UCAPAN ALUAN
-          PENGENALAN PERTAMA
-          PENGENALAN AHLI PERTAMA
-          PENGENALAN KELAB FAKULTI
9.50 am
TAYANGAN VIDEO
-          AKTIVITI PERTAMA
10.00 am
PENGENALAN KELAB-KELAB FTSM
-          PCC (PROGRAMMING CHALLENGE CLUB)
-          ROBOT SOCCER
-          OPEN SOURCE
-          ROIC
11.20 am
SESI SOAL JAWAB
11.30 am
PELAJAR2 BLH BERMULA MENDAFTAR KELAB



Jadi, mungkin ia akan tamat dalam jam 12:00 tgh. Setelah itu,
Pelajar2 bolehlah meneruskan sesi pembelajaran.

Sekian, harap maklum.



p/s: sila maklumkan atau hebah2kan mengenai hal ini kepada rakan2 yang lain....

Saturday, 17 September 2011

Jadual Perancangan Belajar 2011/2012

0


Jadual perancangan belajar untuk semua mahasiswa/i UKM. Merangkumi tarikh2 penting akademik. Dapatkan segera dengan memuat turun daripada http://pm-ukm.blogspot.com/2011/09/jadual-perancangan-belajar.html atau ambil di bilik PMUKM aras 3 (aras PC Fair) Pusanika =) semoga bermanfaat =)





Sumber:- Biro Akademik dan Intelektual PMUKM 2010/2011

Friday, 16 September 2011

Pesanan Untuk Mahasiswa dan Mahasiswi baru FTSM!!

0

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada mahasiswa dan mahasiswi baru FTSM iaitu pelajar tahun 1 sesi 2011/2012. Disini, kami ada beberapa pesanan kepada adik-adik disamping mengucapkan salam Aidilfitri, salam Merdeka, dan salam Hari Malaysia.

Kami ingin mengingatkan adik-adik agar sentiasalah bersemangat waja dan berani dalam menempuh cabaran dan kekangan untuk adik mencapai kejayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ini.

Selain itu, bagi memudahkan urusan adik-adik di UKM ini, rajin-rajinlah melawat laman e-Pelajar dimana terdapat pengumuman-pengumuman penting untuk adik-adik.

"Jadikan Hari ini hari yang terbaik daripada semalam.."

Sekian sahaja pesanan daripada kami, pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA).

Thursday, 15 September 2011

Taklimat Perpustakaan untuk Pelajar Baru!!!

0

Dimaklumkan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar baru akan diadakan mengikut jadual di bawah. Pelajar boleh memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian. Taklimat akan diadakan di Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang.


Tarikh: 12/9/2011 - 15/9/2011 dan 19/9/2011 - 22/9/2011
Masa: 11.00 pg - 1.00 tgh atau 2.30 -4.30 ptg


Tarikh: 23/9/2011
Masa: 10.00 pg - 12 tgh atau 3.00 - 5.00 ptg
 
Cepat-cepat buat pemilihan tarikh dan hadiri taklimat tersebut untuk mendapatkan informasi penting tentang perpustakaan. =)

Wednesday, 14 September 2011

4 Pelajar bakal saingi Zuckerberg

0

Di New York, AS. Terdapat 4 pelajar AS (Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh, Ashkay Kothari, Joseph Huang) yang merupakan usahawan muda kini yang menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam. Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet termasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg
menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, telah mencipata nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

Manakala seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

Aplikasi Android ciptaanya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.




Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar.

Sumber: KOSMO (14 sept 2011)