Pesanan Untuk Mahasiswa dan Mahasiswi baru FTSM!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada mahasiswa dan mahasiswi baru FTSM iaitu pelajar tahun 1 sesi 2011/2012. Disini, kami ada beberapa pesanan kepada adik-adik disamping mengucapkan salam Aidilfitri, salam Merdeka, dan salam Hari Malaysia.

Kami ingin mengingatkan adik-adik agar sentiasalah bersemangat waja dan berani dalam menempuh cabaran dan kekangan untuk adik mencapai kejayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ini.

Selain itu, bagi memudahkan urusan adik-adik di UKM ini, rajin-rajinlah melawat laman e-Pelajar dimana terdapat pengumuman-pengumuman penting untuk adik-adik.

"Jadikan Hari ini hari yang terbaik daripada semalam.."

Sekian sahaja pesanan daripada kami, pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA).

No comments:

Pages