Monday, 28 November 2011

Saturday, 26 November 2011

Thursday, 24 November 2011

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2011-2012

0

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2011-2012

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum
bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2011-2012 akan bermula
pada 3 hingga 20 Januari 2012.
Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual
Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 5 Disember
2011. Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter
Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Saudara/i diingatkan
bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.
Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan.

Tuesday, 22 November 2011

PTPTN tidak paksa peminjam belum bekerja bayar - Timb. Menteri

0

sumber: PMUKM

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan.

Timbalan menteri itu turut menegaskan bahawa kerajaan akan membantu peminjam yang disenaraihitam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sekiranya mereka mendapat tawaran.

"Tidak dinafikan ada di kalangan mereka telah disenaraihitam tetapi jika mereka datang ke PTPTN kita akan bantu mereka kerana mereka mempunyai alasan yang munasabah," katanya.

Tidak cadangan pinda dasar PTPTN
Menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Saifuddin berkata kerajaan tidak bercadang meminda dasar PTPTN untuk mencakupi pemberian pinjaman kepada pelbagai kursus ijazah professional seperti yang dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), Pengurusan Akauntan Berkanun (CIMA) atau Institut Akuantan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

Kepada soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pula, Saifuddin berkata institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak menawarkan yuran pengajian percuma terutama di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menawarkan penajaan untuk penuntut yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di IPTA dan IPT swasta terpilih di bawah program MyBrain15 dalam Rancangan Malaysia ke-10 dengan yuran pengajian dibiayai mengikut jumlah maksimum iaitu RM10,000 bagi peringkat Sarjana dan RM24,000 bagi PhD.


"Program ini terbuka kepada graduan yang belum bekerja, tak berpendapatan tetap dan kakitangan sektor swasta dan pensyarah IPTS," katanya.

Sehingga 17 Nov ini, seramai 5,481 orang telah diluluskan untuk program tajaan MyBrain15 bagi mengikuti program Ijazah Sarjana dan 1,201 orang untuk program PhD dalam bidang seperti sains dan teknologi, sains, sains sosial dan sastera. -BERNAMA

Bengkel dan Persembahan Orkestra IPTA 2011

1

sumber:e-pelajar


Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, JPPel dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan RTM akan menganjurkan Bengkel dan Persembahan Orkestra IPTA 2011 pada 24-28 November 2011, bertempat di Panggung Seni dan DECTAR, UKM.
Bengkel untuk peserta orkestra IPTA dibimbing oleh pemuzik-pemuzik profesional daripada kumpulan Orkestra RTM.

Semua  warga UKM dan sekitar Lembah Kelang dijemput hadir menyaksikan Persembahan Kumpulan Orkestra IPTA 2011 yang dipimpin oleh YBhg. Dato' (Dr.) Johari Salleh seperti berikut:


Tarikh: 28 November 2011 (Selasa)
Masa: 8:00 malam
Tempat: DECTAR, UKM
Pakaian: Formal/Kemas (Jeans dan T-shirt tidak dibenarkan).


*KEHADIRAN SEMUA WARGA UKM SANGAT DIALU-ALUKAN. MASUK PERCUMA!

Monday, 21 November 2011

2 PENGUMUMAN PENTING!

0

SUKARELAWAN JPPEL UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan menubuhkan Sukarelawan JPPel UKM. Sukarelawan JPPel UKM ini akan membantu Pengurusan Hal Ehwal Pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi kerajaan serta swasta, mengikut bidang kesukarelawan. Borang Pendaftaran Sukarelawan JPPel UKM boleh didapati diPusat Aktiviti Pelajar, PMFST.

Rujukan:
UKM.1.27/207/2/19/1
UKM3.3.17/331/2

Pertandingan DiGi Challenge for Change

Adalah dimaklumkan bahawa DiGi Communications Sdn Bhd sedang menganjurkan satu pertandinganyang menggalakkan daya keusahawanan oleh pelajar dalam mewujudkan usaha untuk membantu menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar dikalangan masyarakat yang tidak bernasib baik, melalui penggunaan teknologi mudah alih dan internet. Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat yang akan dimulakan dengan “Startup Weekend” pada 2-4 Disember 2011. Maklumat lanjut boleh didapati di www.digi.com.my/c4c3.

Rujukan:
UKM.1.27/207/2/19/1
UKM3.2.24/263/2

Sekian,mohon sebarkan pada rakan-rakan anda.
Terima Kasih.

Saturday, 19 November 2011

Coming Soon : Career Briefing Organised by Faizal, MPP FKAB

0


On the coming 28th of November 2011, a Career Briefing would be held in Faculty of Engineering and Build Environment at 5.00 p.m in DK 4. PMUKM with the cooperation of Students Society of Faculty of Engineering and Build Environment (PEMATRA) will be organizing this briefing session. The main objective of this briefing is to improve the image and personality of UKM students with the guidance to choose the right job and to prepare well for the interview. Basically, a career briefing is to inspire fresh look of recently graduating students. This briefing will help them to navigate issues and make career choices which have a positive impact on society.

The briefing would be conducted by a representative from JobAdvisors, En. Mokhtar. JobAdisors is an organization that provides advice and guidance for university students who will be graduating soon so that they get a clear exposure on how to apply for the right job and prepare well for an interview. In this session, they focus on giving the students a clear picture on how to choose the best company from the various choices that we have in the market. Hands on guidance will be provided to click the right link to get a right job from online searching. Therefore, students are required to bring their laptop along for the briefing session. Besides, complete cover letter and resume writing would be short brief interview to prepare a graduate that could tackle the examiner and make an easy way for fresh communication with the company representative in the future.

This briefing is an effort of student representative council of Faculty of Engineering and Build Environment, Mohd Faizal Ahmad as stated in his manifestos which are to support our university’s philosophy by integrating academic culture in FKAB and create industrial link and relationship with other universities in engineering field. It is hoped that all UKM students’ especially the final years grab this opportunity to improve themselves to face the career world after graduating.

Mohd Faizal Bin Ahmad
Student Union Council 3&4 FKAB
Vice President III PMUKM

Friday, 18 November 2011

[e-Warga] Pemberitahuan Penyambungan Semula Perkhidmatan Rangkaian Pelajar di Kolej-Kolej

0

Dimaklumkan bahawa PTM sedang dalam usaha untuk menyambung semula perkhidmatan rangkaian pelajar di kolej-kolej kediaman melibatkan 6 kolej di UKM iaitu: Kolej Ungku Omar, Kolej Dato Onn, Kolej Hussien Onn, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub.


Pengoperasian sepenuhnya dijangka akan dibuka secara berperingkat mengikut kolej mulai minggu kedua Disember 2011.

Pelajar di kolej tersebut diminta emelkan maklumat berikut :

1) No Matrik pelajar
2) Katalaluan yang dikehendaki

kepada rangkaian@ptm.ukm.my dengan Subjek:Pendaftaran ID Kolej<>No Matrik

(ewarga/bul/bil.18112011-67)

[e-Pelajar] Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2011/2012

0

Sila buat pengesahan penginapan kolej kediamaan mulai 21 Hingga 28 November 2011. Selepas tarikh ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerana lewat membuat pengesahan. Pengesahan hendaklah melalui web : http://www.ukm.my/upp

Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Februari 2012

(epelajar/bul/bil.16112011-16)

[Pekeliling Akademik] Perlaksanaan Kajian My3S untuk pelajar TAHUN SATU IPTA

0

Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan perlaksanaan Kajian Malaysia Soft Skills Scale (My3S) kepada pelajar tahun satu yang mengambil Ijazah Sarjana Muda seluruh IPTA.

Sukacita dimaklumkan semua pelajar tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiminta membuat penilaian Instrumen Soft Skill Scale menerusi talian (online) melalui laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s mulai 17 November sehingga 11 Disember 2011.

PEKELILING AKADEMIK BIL 32/2011
No. Surat: UKM(S)3.2.25/111/60
 
sumber: PMUKM

Thursday, 17 November 2011

Tuesday, 15 November 2011

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada calon spm 2011!

0

Assalamualaikum dan salam PERTAMA =)


Kami dari barisan pimpinan PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon-calon spm tahun ini. Semoga adik-adik semua peroleh kejayaan dalam SPM ini. Buat yang terbaik serta jangan berputus asa. Selagi masih ada masa, manfaatkanlah ia dengan merujuk semula soalan-soalan yang lepas dan nota-nota ringkas yang telah dibuat.

Semoga Berjaya. Di samping itu, kami mendoakan adik-adik agar peroleh ketenangan dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan tersebut. Aamin..InsyaAllah. =)

PERSATUAN FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)

Monday, 14 November 2011

Jemputan Menyertai Program International Summer University

0

sumber: e-pelajar


Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Aston berhasrat untuk menaja 2 orang pelajar iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk mengikuti kursus selama 3 minggu di bawah Program International Summer Universiti, England. Program ini berlangsung selama 3 tahun mulai 2012 hingga 2014 dan ditaja sepenuhnya. Program ini terbuka kepada semua pelajar UKM.

Sila Klik untuk borang pendaftaran. Tarikh akhir untuk mengemukakan borang tersebut adalah pada 16 November 2011. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh melayari laman web http://www1.ston.ac.uk/study/international-summer-university/ atau berhubung Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel di talian 89215347 (En. Zairil).

Wednesday, 9 November 2011

Gerbang Kerjaya Mahasiswa (GEMA)

0

Program anjuran UPSM dengan kerjasama Pejabat Hubungan Industri dan Unit Pembangunan Sahsiah, JPPel.

Tarikh: 19 November 2011
Tempat: Auditorium Siswa
Yuran: RM3
-Penceramah jemputan dari SHELL
- Sijil & makanan disediakan
-Penyertaan terbuka kepada semua dan pelajar tahun akhir digalakkan menyertainya

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Syamimi (013-2848223)

Klik sini untuk poster

*sumber: e-pelajar

Sunday, 6 November 2011

Pengesahan Permohonan masuk peperiksaan!

0

Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 7 HINGGA 13 NOVEMBER 2011. Tindakan yg perlu dibuat:

a) Sekiranya semua maklumat betul & tiada percanggahan jadual, klik SAH.

b) Sekiranya terdapat percanggahan atau 3 kursus berturutan dalam satu
hari, maka klik butang BAHAGIAN AKADEMIK dan cetak paparan borang
tersebut. Catat kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang
perlu diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik
selewat-lewatnya 14 November 2011.

Sekiranya kalian gagal
membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, segala
butiran dianggap betul dan lengkap. Jika tidak hadir ke peperiksaan bagi
kursus tersebut, kalian akan diberi gred E (gagal). Rakan2 mahasiswa
yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00
!

Elakkan daripada didenda sebanyak RM15 tersebut ye =)