Jemputan Menyertai Program International Summer University

sumber: e-pelajar


Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Aston berhasrat untuk menaja 2 orang pelajar iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk mengikuti kursus selama 3 minggu di bawah Program International Summer Universiti, England. Program ini berlangsung selama 3 tahun mulai 2012 hingga 2014 dan ditaja sepenuhnya. Program ini terbuka kepada semua pelajar UKM.

Sila Klik untuk borang pendaftaran. Tarikh akhir untuk mengemukakan borang tersebut adalah pada 16 November 2011. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh melayari laman web http://www1.ston.ac.uk/study/international-summer-university/ atau berhubung Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel di talian 89215347 (En. Zairil).

No comments:

Pages