Wang Kertas Malaysia baru menjelang 2012


Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui..

Bank negara dikatakan akan memperkenalkan wang kertas dan wang syiling baru. Mereka berkata bahawa rekabentuk wang kertas tersebut akan berada di edaran pada awal tahun hadapan. Ini adalah wang kertas siri baru yang kini ditukar selepas 14 tahun. Rekabentuk baru tersebut akan mempunyai ciri-ciri khusus dan ciri keselamatan yang lebih canggih.



Antara wang kertas yang akan mengalami perubahan adalah wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala rekabentuk baru bagi wang kertas RM50 telah pun diperkenalkan sejak 2007 bagi memperingati kemerdekaan Malaysia selama 50 tahun. Wang syiling baru pula diperkenalkan bagi syiling 5 sen, 10 sen, 20sen dan 50 sen.
Bank Negara kini sedang melakukan kerjasama dengan beberapa institusi kewangan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar.

Untuk Maklumat yang lebih lanjut lagi sila lawat http://denaihati.com/wang-kertas-rm20-baru 
http://scaniaz.blogspot.com/2011/08/bank-negara-mengeluarkan-wang-kertas.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wangkertas_syilingsiribarudikeluar/Article 


No comments:

Pages