Wednesday, 29 February 2012

Sah : iPad 3 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan – 8 Mac

0

Akhirnya, kini Apple telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk menghadiri acara khas mereka, dimana disasarkan Apple bakal melancarkan iPad 3 padanya. Acara tersebut akan diadakan pada pukul 2 pagi waktu tempatan, pada 8 Mac kelak.

Jemputan untuk pelancaran iPad 3 (via)
Buat masa ini, fungsi yang bakal dibawakan padanya tidak diketahui lagi. Namun, beberapa ura-ura mengatakan ia akan membawakan skrin beresolusi tinggi, cip pemprosesan empat-teras dan juga sokongan rangkaian LTE padanya.
Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pengeluar tablet paling besar di dunia tersebut melalui acara minggu hadapan.
sumber: amanz.my

Malam Anugerah Seni UKM 2011

0

Sebagai menghargai penggiat seni dan kumpulan-kumpulan kesenian yang menyumbang dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus, Pusat kebudayaan, JPPel dan Urusetia ARTISUKMA UKM menganjurkan:-

Majlis Anugerah Seni UKM 2011 pada
Tarikh: 2 Mac 2011
Masa: Jam 8 malam
bertempat di DECTAR,UKM.

Terdapat lebih 20 Anugerah Seni pelbagai bidang dipertandingankan pada malam tersebut di samping persembahan menarik daripada Ahli-al=hli ARTISUKMA UKM.

(pelajar/bul/bil.29022012-40)

Monday, 27 February 2012

Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 10.1 Dengan Sokongan S-Pen

0

Jikalau semalam Samsung mengumumkan pelancaran peranti Galaxy Beam bersama-sama dengan projektor terbina, hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Note 10.1 yang dinantikan ramai, dimana secara ringkasnya, ianya membawakan tablet dengan skrin sebesar 10.1-inci dengan sokongan S-Pen padanya, amat bersesuaian sekiranya ingin mengambil nota atau melukis padanya.
Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 10.1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.4Ghz, didatangkan bersama Android 4.0 Ice Cream Sandwich, RAM 1GB, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel padanya. Menariknya adalah, ia sememangnya dioptimasikan untuk artis dan mereka yang gemar melukis dan sebagainya, dimana Galaxy Note 10.1 bakal didatangkan bersama-sama dengan Adobe Photoshop Touch dan juga Adobe Ideas padanya.
Bilakah ia akan dilancarkan di pasaran tempatan masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada Galaxy Note 10.1, baru-baru ini, Samsung turut sama telah memperkenalkan keluarga Galaxy Tab 2 dalam variasi 7-inci dan juga 10.1-inci.

Sunday, 26 February 2012

Mentari Works Bakal Melancarkan Perkhidmatan Untuk Pencari Kerja – Kdnp.me

0

Selain daripada laman Faces.my yang masih pada peringkat beta tertutup, nampaknya, pembangunnya turut sama melancarkan projek terbaru mereka, dinamakan sebagaiKdnp.me, yang mana turut memfokuskan kepada memudahkan para pekerja mengiklankan diri, serta membolehkan pemilik perniagaan atau sesiapa mencari pekerja dengan pantas.
Melalui Kdnp.me, ia membolehkan mereka yang ingin mencari kerja baru, mengisi sebuah borang ringkas, seperti bidang tugas mereka, gaji yang diinginkan, dan sekitar lokasi mana, dan menyenaraikan mereka pada halaman mereka-mereka yang sedang mencari pekerjaan baru, serta membolehkan mereka yang ingin mencari pekerja untuk menemui mereka dengan mudah.
Laman Kdnp.me boleh dikatakan masih dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dengan beberapa halaman yang masih belum aktif lagi sepenuhnya, disamping fungsi carian, serta beberapa perkara lain yang masih belum disertakan sepenuhnya. Ia juga masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi kepada semua, dan bagaimana ia akan beroperasi disamping Faces.my kelak.
sumber : amanz.my

Infografik : Setiap 60 Saat Pada Rangkaian Sosial Di Internet

0

Rangkaian sosial telah menjadi salah satu medium penggunaan harian utama dikalangan penduduk seluruh dunia dengan akses internet. Selain daripada menjadi salah satu medium rujukan untuk mendapatkan informasi dan juga berita terkini, ia juga sering digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, disamping mengenali rakan-rakan baru.
Melalui infografik yang dikeluarkan oleh Social Jumpstart baru-baru ini, ia mengumpulkan data daripada tahun 2011 sehingga Januari 2012 dalam mengetahui apakah yang berlaku setiap 60 saat pada laman dan rangkaian sosial terkemuka dunia.
Pada setiap 60 saat, lebih daripada 2 juta video ditonton pada YouTube, lebih 700,000 mesej dihantar menggunakan Facebook, dan lebih 175,000 tweet dihantar melalui perkhidmatan Twitter. Sebanyak lebih 2,000 daftar masuk lokasi turut dilakukan melalui FourSquare, dan menariknya perkhidmatan Tagged masih aktif menghubungkan lebih 3,500 kenalan baru pada setiap minit.
Jadi, bagaimana pula penggunaan harian anda di laman sosial ini setiap minit, mahupun setiap jam?
sumber: amanz.my

Saturday, 25 February 2012

Ilmuwan Jepun Ciptakan Robot yang Mampu Meniru Gerakan Manusia

0

Sekelompok ilmuan asal Negeri Sakura berhasil merakit sebuah robot yang bisa meniru gerakan-gerakan manusia pengendalinya. Dengan menggunakan peralatan khusus TELESAR V, para pengguna memungkinkan mereka untuk melihat, mendengar dan merasakan hal yang sama seperti yang dirasakan mesin robot serta menggerakkan sang robot dari jarak jauh.
Menurut Profesor Susumu Tachi, dari Universitas Keio, sistem yang terdapat pada tutup kepala, rompi, dan sarung tangan operator atau pengguna, mengirimkan instruksi rinci ke robot, yang kemudian secara otomatis akan meniru setiap gerakan pengguna. Pada saat yang sama, sensor penunjuk arah android tersebut menyampaikan aliran informasi yang diubah menjadi sensasi bagi penggunanya.
Sarung tangan polyester yang digunakan operator terhubung dengan semikonduktor dan mesin-mesin kecil yang memungkinkan pengguna bisa merasakan apa yang disentuh tangan-tangan mekanik, apakah itu permukaan yang halus, tonjolan ataupun panas dan dingin.
Robot ini juga dilengkapi dengan sebuah kamera yang berfungsi sebagai mata. Kamera ini bisa menangkap gambar dan hasilnya akan muncul di layar video kecil di depan mata pengguna. Ini memungkinkan pengguna untuk melihat dalam bentuk tiga dimensi.
Kemudian mikrofon pada robot berfungsi untuk mengambil suara, sementara speaker memungkinkan pengguna untuk membuat suaranya terdengar oleh mereka yang berada dekat  dengan robot.
sumber: http://www.beritateknologi.com

Canon 5D MK III Bakal Diumumkan Pada Awal Minggu Hadapan?

0

Bagi para peminat DSLR daripada Canon, kini ia diperkatakan, Canon bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga DSLR Canon 5D, dengan memperkenalkan dan melancarkan Canon 5D III pada minggu hadapan, berkemungkinan pada 27 atau 28 Februari. Namun, pengesahan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Canon buat masa ini.
Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Pada masa yang sama, nama akhir untuknya masih tidak diketahui lagi, dimana beberapa ura-ura mengatakan ia akan menyertakan huruf “X” pada penamaannya.
Pada masa yang sama, menurut UberGizmo, kamera terbaru daripada Canon ini akan dijual pada harga sekitar $3500 (~RM10,500). Jadi, ada sesiapa yang akan membelinya kelak?
sumber: http://amanz.my

Google Bakal Memperkenalkan Sokongan Gerak Isyarat Untuk Membuat Carian

0


Pada peranti dengan skrin sentuh, ia agak sukar untuk anda membuat carian ketika melayari sesuatu halaman, dimana perlu menyalin-dan-tampal sesuatu kata kunci itu terlebih dahulu pada kotak carian, sebelum dapat membuat carian berkenaannya. Untuk mengatasi perkara ini, kini Google hadir dengan paten baru melalui sokongan gerak isyarat.
Melalui beberapa gambaran yang diperlihatkan oleh PatentlyApple, gerak-isyarat tersebut menggunakan huruf “g”, dimana para pengguna hanya perlu menandakan kata kunci yang mereka inginkan dengan gerak isyarat berbentuk “g” dalam bentuk bulatan, dan carian akan dilakukan secara automatik.
Beberapa huruf tambahan juga akan diperkenalkan oleh Google sebagai alternatif lain. Walaupun Google telah memfailkan hak cipta dan paten untuk menggunakannya, ia masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan dan diintegrasikan pada Android. Mungkinkah melalui Jelly Bean kelak?
sumber: http://amanz.my


RAM DDR4 Akan Menemui Para Pengguna Desktop Pada Tahun 2014

0

Selain daripada perkakasan untuk telefon bimbit yang berkembang pantas, perkakasan dan peralatan untuk komputer turut sama tidak ketinggalan, dimana selain daripada cip pemprosesan, kini memori RAM DDR4 telah pun diperlihatkan, dan akan memasuki fasa pengeluaran, dan akan sedia untuk pengguna desktop menjelang 2014, manakala untuk penggunaan pada pelayan pada tahun 2013 kelak.


Buat masa ini, beberapa syarikat telah pun mula memperlihatkan demonstrasi DDR4 mereka, dimana antaranya adalah Hynix dan juga Samsung. Hynix memperlihatkan cip DDR4 berfungsi pada 2400MHz (2400Mb/s) dan menggunakan tenaga sebanyak 1.2V serta didatangkan dengan input dan output sokongan 64-bit. Samsung pula menggunakan tenaga yang lebih kurang sama, dengan frekuensi sekitar 2133MHz (2133Mb/s).
Dan seperti semua sedia ketahui, ia akan membawakan bentuk pin yang berbeza untuk DDR4, sama seperti versi sebelum ini. DDR4 juga kelak akan membawakan kepantasan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga yang lebih rendah, iaitu sehingga 40% berbanding DDR3.
sumber: http://amanz.my

Friday, 24 February 2012

Short Video Competition

0


Terms and Conditions:
1. Open to all UKM’s students
2. Categories of submission:
i) Undergraduate (Bahasa Melayu)
ii) Undergraduate (English)
iii) Postgraduate (Bahasa Melayu or English)
iv) Postgraduate (any other languages)
v) Alumni (English)

3. Winner of each category will get an iPad2
4. The theme of the video must be in line with UKM’s tagline “Inspiring Futures
Nurturing Possibilities”
5. Duration of the video must be in 3-5 minutes
6. Video submitted will becomes UKM’s copyright and UKM may use the material in
any way deems suitable for promotion purposes
7. Multiple entries are allowed, but only one prize will be awarded per participant
8. Submit your CD/VCD to JPPel before 3rd March 2012
9. The judges’ decision is final and no correspondence will entered into

For more information, please click HERE

.

Tuesday, 14 February 2012

Thursday, 2 February 2012

Wednesday, 1 February 2012