Sunday, 26 February 2012

Infografik : Setiap 60 Saat Pada Rangkaian Sosial Di Internet

0

Rangkaian sosial telah menjadi salah satu medium penggunaan harian utama dikalangan penduduk seluruh dunia dengan akses internet. Selain daripada menjadi salah satu medium rujukan untuk mendapatkan informasi dan juga berita terkini, ia juga sering digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, disamping mengenali rakan-rakan baru.
Melalui infografik yang dikeluarkan oleh Social Jumpstart baru-baru ini, ia mengumpulkan data daripada tahun 2011 sehingga Januari 2012 dalam mengetahui apakah yang berlaku setiap 60 saat pada laman dan rangkaian sosial terkemuka dunia.
Pada setiap 60 saat, lebih daripada 2 juta video ditonton pada YouTube, lebih 700,000 mesej dihantar menggunakan Facebook, dan lebih 175,000 tweet dihantar melalui perkhidmatan Twitter. Sebanyak lebih 2,000 daftar masuk lokasi turut dilakukan melalui FourSquare, dan menariknya perkhidmatan Tagged masih aktif menghubungkan lebih 3,500 kenalan baru pada setiap minit.
Jadi, bagaimana pula penggunaan harian anda di laman sosial ini setiap minit, mahupun setiap jam?
sumber: amanz.my

0 comments: