Thursday, 26 April 2012

Pencarian Exco-Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (PERTAMA) kini bermula!

0

Salam Pertama.
Perhatian kepada seluruh Mahasiswa/i Tahun 1 FTSM UKM!
Pencarian Exco-Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (PERTAMA) kini bermula!
Anda berminat, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ingin menambah pengalaman?
Andalah yang kami cari!
Permohonan ini dibuka bermula pada hari ini sehingga 8 Mei 2012.
Anda bolehlah mengisi BORANG PENCALONAN BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT dipautan ini.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFhpU0ZiRVQzb0dJaENpRVpQZnVFTnc6MQ#gid=0

"Mahasiswa Berinformasi Penjana Masyarakat Globalisasi"




Tuesday, 24 April 2012

Wednesday, 18 April 2012

CyberNight 2012 Are Coming Soon!

0

CyberNight 2012!! An exclusive dinner for all FTSM people.
All are invited. Alumni, 1st year, 2nd year, international students, lecturers, and of course especially our beloved 3rd year students, are mostly welcomed



 

Monday, 16 April 2012

Pengesahan Masuk Dan Jadul Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi akademik 2011/2012

0

Salam kepada semua pelajar, di sini ada pengumuman penting.
Peperiksaan akhir semester II sesi akademik 2011-2012 akan dijalankan pada:-
Tarikh: 11 HINGGA 30 JUN 2012.

Sehubungan itu , anda diminta untuk membuat PENGESAHAN MASUK DAN JADUAL PEPERIKSAAN di http://www.ukm.my/smpweb mulai hari ini:-
Tarikh: 16 HINGGA 22 APRIL 2012.

Anda juga diminta untuk menyemak maklumat kursus dan sahkan.
Sekiranya terdapat percanggahan pada jadual ppriksaan ATAU 3 kursus berturut-turut dalam sehari, sila klik "bahagian akademik" dan cetak borang tersebut.
Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke KAUNTER BAHAGIAN AKADEMIK selewat-lewatnya
23 APRIL 2012.

*sekiranya gagal mbuat pengesahan/pembetulan, segala butiran kursus yang dicatat dianggap betul & lengkap
*gagal menghadiri peperiksaan bagi sesuatu kursus akan diberi gred E (gagal)
*gagal membuat pengesahan AKAN DIDENDA RM15

KMJP boleh diambil mulai 14 MEI 2012
*Anda dinasihati menjelaskan semua hutang dengan UKM untuk elak sebarang kesulitan.
Jika ada masalah kewangan SILA BERBINCANG DENGAN BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

Sekian. Terima kasih. Sila hebahkan kepada rakan-rakan anda :)

Thursday, 5 April 2012

IT CAREER WITH MTS

1

Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat Manulife Technology & Services Sdn Bhd akan mengadakan taklimat kerjaya dan sesi temuduga sepertimana berikut :

Tarikh: 19 April 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 9.00 pagi (pendaftaran)
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar tahun akhir FTSM dan FKAB terutamanya dari program Sains Komputer, Sains Maklumat, Kejuruteraan elektrik & elektronik dan program-program yang berkaitan .

Sila hantar resume anda dengan tajuk email “Manulife” ke resumephi@yahoo.com sebelum 17 April 2012. Pelajar juga boleh layari website syarikat: www.manulifeglobalservices.com / Facebook: www.facebook.com/ManulifeTech untuk maklumat lebih lanjut atau hubungi Pejabat Hubungan Industri, En.Haiqal di talian 03-8921 4656 atau Pn.Wahidah 03-89214604.