3 Pengumuman Penting

Perhatian! Terdapat 3 Pengumuman Penting.

1) Salam Pertama kepada semua pelajar FTSM UKM tahun 2 yang akan menjalani Latihan Industri pada tahun hadapan, sila bawa dan kemukakan 3 salinan Resume, Envelop, dan Transkip Keputusan Peperiksaan anda ke Kaunter Jaringan Perindustrian pada hari esok Khamis (10 Mei 2012).

2) Semua pelajar yang akan mengambil semester 3 sesi akademik 2011/1012 juga diingatkan sekali lagi agar mendaftar kursus di laman https://smp.ukm.my. Di SMPWEB, untuk mendaftarnya sila klik pada butang Daftar Kursus/Gugur Tambah Kursus.

3) PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER II SESI AKADEMIK 2011-2012
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum
bahawa peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2011-2012 akan bermula
pada 11 hingga 29 Jun 2012.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual
Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 15 Mei 2012.

Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter
Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Saudara/i diingatkan
bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.
Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter
Bahagian Pengurusan Akademik.

Sekian, harap maklum. Sila hebahkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima Kasih.

No comments:

Pages