Saturday, 30 November 2013

KELAB MULTIMEDIA FTSM

0

TAKWIM KELAB MULTIMEDIA



PENASIHAT : DR ZURINA MUDA
KETUA UNIT : NUR WAHIDAH  SULONG (TH)
TIMBALAN K. UNIT : NOR HAYATI RAZAK (TS)



AKTIVITI YANG BAKAL DIJALANKAN:
OBJEKTIF:

MENGANJURKAN:
       1.       Pertandingan Multimedia Kreatif & Inovasi video
       2.       Kerjasama bersama PCC (Programming Challenge Club) menganjurkan pertandingan pengaturcaraan dan multimedia.
       3.       Seminar talk mengenai teknologi maklumat serta multimedia untuk ahli kelab.
      4.       Pertandingan Innovation Touch Competition (i-Touch) untuk projek pelajar tahun akhir.

LAWATAN:
     1.       Lawatan ke syarikat-syarikat seperti:
·         Les Copaque studios
·         Animonsta Studios
·         KRU Studios

     2.       Lawatan ke MRSM Kota Bharu, Kelantan bersama Kelab NUMOSS FTSM.
·         Pengajaran Al-Quran berkonsepkan IT
·         3 hari 2 malam
·         Menjadi fasilitator (15 orang)

AHLI KELAB:
     1.       Mengikuti kursus-kursus latihan multimedia (Adobe Flash, Animasi  2D / 3D, DLL)  yang disediakan oleh PRESTARIANG dan MDEC.
     2.       Seminar talks mengenai teknologi maklumat serta multimedia oleh pakar-pakar IT.
     3.       Mengadakan bengkel-bengkel perisian multimedia serta fotografi.

PERTANDINGAN:
     1.       Pertandingan PROMATE – UiTM
     2.       Imagine Cup – Microsoft
     3 .     IHL Business Plan Competition - MDEC





Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus berhubung : 




NUR WAHIDAH BINTI SULONG


no phone : 0199244027

KELAB PENGATURCARAAN FTSM

0






Kelab pengaturcaraan ialah satu kelab yang menjurus kepada bidang dan program yang berbentuk pengaturcaraan. Disamping itu, kelab ini aktif dalam menganjurkan atau menyertai Pertandingan Pengaturcaraan yang telah dianjurkan di peringkat kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007. Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh UiTM. Beberapa universiti lain seperti USIM dan UNITEN juga turut menganjurkan acara seumpama ini setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan ATUR juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.
Penubuhan kelab sebigini dirancang di peringkat UKM khusus sebagai platform bagi memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM ICPC Asia Regional Contest sepanjang tahun 2013 dan seterusnya.


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus berhubung :



NUR HASANAH BINTI SARIJUDIN 


no phone : 0132455474

Tuesday, 26 November 2013

Bengkel Pembangunan Web ( Fasa 2 )

0



Exco Sukan Dan Rekreasi Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat telah mengadakan BENGKEL PEMBANGUNAN WEB ( Fasa 2 ) pada Ahad, 16/11/2013  yang lepas dimana fasa ini mensasarkan pelajar-pelajar UKM dan pelajar FTSM khususnya sebagai peserta. Untukmakluman , fasa 1 juga telah diadakan pada 20 Oktober 2013 dalam kalangan ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat .

Bengkel ini bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang di Makmal 9 , Ftsm. Maklamat  bengkel ini merupakan bengkel yang akan membantu untuk melahirkan pakar dalam pembangunan laman web sejajar dengan skill yang perlu ada untuk pelajar FTSM khasnya. Objektif  Program ini adalah untuk melahirkan pakar dalam pembangunan laman web. 




Bengkel ini diadakan di Makmal 9 , FTSM


Tenaga Pengajar : Mohammad Azmer Sulaiman juga
merangkap Ketua Pengarah.






Jawatankuasa PERTAMA juga menyertai bengkel ini.













tengah : Noraini Ismail ( Timb Ketua Pengarah Bengkel )




















Muhd Uzair juga sebagai tenaga pengajar untuk bengkel ini.
















Terima kasih di ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam Bengkel Pembangunan Web Fasa 2 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 
InsyaAllah , pihak PERTAMA akan meneruskan bengkel ini ke Fasa 3 . Oleh itu semua pelajar adalah dialu-alukan untuk mengikuti bengkel ini.