Friday, 27 December 2013

Kempen "SATU RINGGIT SATU HARAPAN"

0


Kempen 
SATU RINGGIT SATU HARAPAN 
dijalankan dengan tujuan untuk  membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri Pahang,Kelantan,Terengganu dan Johor.

Gambar ketika banjir melanda negeri-negeri yang terbabit.


Pada 10 Disember 2013, Menteri komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan mangsa banjir diempat buah negeri tersebut telah melepasi tahap kritikal dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.



Keadaan di keempat negeri terbabit telah kembali normal,tetapi bantuan tetap akan disumbangkan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir berkenaan sama ada dari segi wang ataupun harta benda.




Monday, 16 December 2013

Bengkel PHP

0


Bengkel PHP ini berlangsung pada

Tarikh : 7/12/2013
Masa : 8 pagi - 5 petang
Jumlah peserta : 22 orang
Pengajar : En. Akmal  (Staf Akademik FTSM)
Anjuran : 

MPP FTSM

Dengan kerjasama
Persatuan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat ( PERTAMA )




Bengkel PHP ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan bahasa pengaturcaraan PHP. Peserta akan dapat mengetahui cara untuk menyediakan konfigurasi pelayan apache. Perkara-perkara asas seperti konfigurasi fail php.ini dan cara untuk membuat penyambungan ke pangkalan data MySQL. Peserta juga akan dapat mengetahui dan mempelajari teknik yang ada dalam membangunkan pangkalan data menggunakan aplikasi phpmyadmin.


Penyerahan sedikit cenderahati daripada Amirul Firdaus YDP PERTAMA 
merangkap MPP FTSM kepada En.Akmal.








Friday, 6 December 2013

"Hour of Code"

0

         Perjumpaan pihak PERTAMA mengenai "Hour of Code" bersama Prof Zarina di bilik mesyuarat satu pada hari jumaat, 29 November 2013. Perjumpaan seterusnya antara Prof Zarina dengan fasilitator "Hour of Code" akan berlansung pada 14 Disember 2013.


Perjumpaan diketuai oleh Prof Zarina.


Wakil dari PERTAMA yang terlibat ialah 
Amirul Firdaus (YDP),
Nur Wahidah (N/YDP)
& Norhayati Razak (Exco Penerangan dan ICT).





Thursday, 5 December 2013

KELAB NUMOSS

0




NUMOSS adalah sebuah kelab yg akan menjalankan bengkel mengenai perisian open source, hacking and forensic dan pelbagai aktiviti lain.

fb group : http://imaginecupukm2013.blogspot.com/


aktiviti yang telah diadakan :

1. NUMOSS Annual Gathering
2. Introduction to Open Source


sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh terus berhubung dengan :



ABBAS SALIMI 

Tuesday, 3 December 2013

KELAB KEUSAHAWANAN

0





Perniagaan adalah satu mata pencarian yang terpuji dalam Islam, bahkan menurut sebahagian ulama, perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang paling utama. Sebagaimana sabda Baginda Nabi Muhammad SAW ketika di tanya apakah hasil yang paling baik?
Beliau menjawab, "Hasil pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik." (Hadis Sahih riwayat Ahmad)
 Hadis berkenaan begitu selaras dengan model pusingan aliran pendapatan dalam teori ekonomi. Interaksi antara isi rumah dengan firma di pasaran barang (dan perkhidmatan), serta di pasaran faktor (pengeluaran) hakikatnya membabitkan urus niaga jual beli.
Pendedahan tentang bab perniagaan dan keusahawanan perlu dipupuk. Perniagaan ialah suatu ibadah selama mana diikhlaskan demi keredaan-Nya, serta mematuhi segala hukum-hakam yang ditetapkan. Etika dan nilai murni wajib menjadi pegangan setiap peniaga jika ingin bertahan lama dalam bidang perniagaan yang penuh peluang, risiko dan saingan.
Penubuhan kelab sebegini dirancang di peringkat UKM khususnya, sebagai platform dan    penghubung untuk melahirkan usahawan - usahawan muda di kalangan mahasiswa/i di UKM yang akan dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh pihak tertentu dari semasa ke semasa.
Kelab Keusahawanan FTSM, UKM ditubuhkan di bawah naungan Unit Keusahawanan PERTAMA bagi mencapai empat objektif utama berikut :

1.      Untuk menghasilkan pemikiran yang inovatif dan kreatif dikalangan para pelajar dalam konteks perniagaan masa kini.

2.      Untuk menggalakkan para pelajar bergiat secara proaktif dan berdaya saing.

3.      Untuk mengembangkan bakat sedia ada dalam diri para pelajar dari segi perniagaan dan teknik komunikasi.

4.      Untuk  memperoleh pengetahuan dengan lebih mendalam dalam bidang keusahawanan.

Keanggotaan Kelab Keusahawanan FTSM, UKM adalah terbuka kepada semua pelajar FTSM, UKM.





Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus bertanya kepada : 
Nurul Syaheda Bt Mohd Farid
No. Tel : 0174998746