Monday, 22 September 2014

Pendaftaran untuk menjadi ahli Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM) kini dibuka

0



Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk menjadi ahli Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM), kini telah dibuka. Sesi pendaftaran ini akan bermula pada hari ISNIN, 22hb September 2014 bertempat di Bilik Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA), mulai pukul 2 hingga 5 petang. 

Di sini disertakan sedikit pengenalan tentang Komuniti Sumber Terbuka berserta aktiviti - aktiviti yang telah dianjurkan oleh mereka pada sesi 2013/2014.

Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM) merupakan sebuah kelab dibawah naungan PERTAMA FTSM. Kelab ini menawarkan pelbagai peluang untuk para mahasiswa untuk membina pontensi diri sekaligus berbakti kepada masyarakat.

Matlamat penubuhan KST-UKM adalah bagi meneroka serta membangunkan potensi yang ditawarkan oleh Sumber Terbuka (Open Source). Sumber Terbuka menawarkan akses universal melalui lesen percuma (free license) keatas rekabentuk atau pelan.

Visi KST-UKM adalah
"Menjadi sebuah organisasi terkehadapan dalam merintis teknologi sumber terbuka di Malaysia dan berjasa kepada masyarakat"

Misi KST-UKM adalah
  • Membangunkan kepakaran teknologi sumber terbuka di UKM.
  • Mempromosi teknologi sumber terbuka kepada warga UKM dan masyarakat awam.
  • Membina modal insan dan profesionalisma warga KST-UKM.
  • Melahirkan usahawan kelas pertama dan berdaya saing
Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh KST-UKM pada sesi 2013/2014:-
  • Introduction to Digital Forensic and Ethical Hacking
  • Eksplorasi Tekno
  • Bengkel pembangunan aplikasi Android
  • Bengkel pembangunan jejaring
  • Jamuan akhir semester 2013/2014
Aktiviti - aktiviti tersebut hanyalah sebahagian daripada lambakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KST-UKM. Sehubungan itu, Pihak KST-UKM dengan rasa penuh sukacitanya mengalu - alukan kedatangan anda untuk mendaftar sebagai ahli. Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan untuk anda.

Sunday, 21 September 2014

"Official Gathering PERTAMA with juniors"

0



Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) sesi 2014/2015 telah berjaya mengadakan satu perjumpaan yang dilakukan secara santai bersama para mahasiswa/i baru FTSM kemasukan sidang akademik 2014/2015.

Objektif perjumpaan ini adalah untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar baru bersama barisan kepimpinan PERTAMA sesi 2014/2015. Selain itu, pihak PERTAMA juga memperkenalkan barisan exco mereka kepada mahasiswa/i baru supaya mereka lebih mengenali PERTAMA dan memudahkan urusan mereka untuk sebarang aduan atau cadangan.

Selain itu, PERTAMA juga memperkenalkan kelab-kelab dibawah seliaan mereka kepada mahasiswa/i FTSM yang baru.


Slot bersama YDP PERTAMA sesi 2014/2015


Timbalan Ketua Exco ICT & Informasi 1, saudara Muhamad Azri Bin Othman, selaku wakil presiden kelab numoss (KST) sedang menerangkan aktiviti-aktiviti kelab numoss pada mahasiswa/i baru FTSM sesi 2014/2015


Wakil Kelab Pengaturcaraan sedang memberi taklimat mengenai kelab mereka.


Saudari Fatin Nadia Binti Nor Azman sedang memberi pendedahan tentang kehebatan Kelab Multimedia kepada para mahasiswa/i baru FTSM.


Wajah-wajah barisan kepimpinan PERTAMA sesi 2014/2015. Dari Kanan, saudari Faten Nadiah (Ketua Exco Akademik), saudari Sakinah (Timbalan Ketua Exco Kesukanan dan Keceriaan), saudari Rasyidah (Setiausaha Agung), Nurul Fatin (Timbalan Ketua Exco Akademik).



Wajah-wajah mahasiswa/i baru FTSM sidang akademik 2014/2015. 

#JomJoinKelabUnderPERTAMA
#IniBaruHavoc