Monday, 22 September 2014

Pendaftaran untuk menjadi ahli Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM) kini dibuka

0



Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk menjadi ahli Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM), kini telah dibuka. Sesi pendaftaran ini akan bermula pada hari ISNIN, 22hb September 2014 bertempat di Bilik Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA), mulai pukul 2 hingga 5 petang. 

Di sini disertakan sedikit pengenalan tentang Komuniti Sumber Terbuka berserta aktiviti - aktiviti yang telah dianjurkan oleh mereka pada sesi 2013/2014.

Komuniti Sumber Terbuka (KST-UKM) merupakan sebuah kelab dibawah naungan PERTAMA FTSM. Kelab ini menawarkan pelbagai peluang untuk para mahasiswa untuk membina pontensi diri sekaligus berbakti kepada masyarakat.

Matlamat penubuhan KST-UKM adalah bagi meneroka serta membangunkan potensi yang ditawarkan oleh Sumber Terbuka (Open Source). Sumber Terbuka menawarkan akses universal melalui lesen percuma (free license) keatas rekabentuk atau pelan.

Visi KST-UKM adalah
"Menjadi sebuah organisasi terkehadapan dalam merintis teknologi sumber terbuka di Malaysia dan berjasa kepada masyarakat"

Misi KST-UKM adalah
  • Membangunkan kepakaran teknologi sumber terbuka di UKM.
  • Mempromosi teknologi sumber terbuka kepada warga UKM dan masyarakat awam.
  • Membina modal insan dan profesionalisma warga KST-UKM.
  • Melahirkan usahawan kelas pertama dan berdaya saing
Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh KST-UKM pada sesi 2013/2014:-
  • Introduction to Digital Forensic and Ethical Hacking
  • Eksplorasi Tekno
  • Bengkel pembangunan aplikasi Android
  • Bengkel pembangunan jejaring
  • Jamuan akhir semester 2013/2014
Aktiviti - aktiviti tersebut hanyalah sebahagian daripada lambakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KST-UKM. Sehubungan itu, Pihak KST-UKM dengan rasa penuh sukacitanya mengalu - alukan kedatangan anda untuk mendaftar sebagai ahli. Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan untuk anda.

0 comments: