Monday, 27 October 2014

Pertemuan Ringkas YDP PERTAMA bersama Pengusaha Kafe FTSM

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i FTSM sekalian. 
Pada tanggal 14hb Oktober 2014 yang lalu, pihak PERTAMA 2014/15 yang diketuai oleh YDP saudara Hazim bersama pengusaha kafe FTSM telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kerohanian pelajar FTSM. 

Mesyuarat ini telah diadakan di kafe FTSM, UKM. Ia bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir satu jam kemudian.

Agenda pertemuan yang telah dibincangkan merangkumi :
  • waktu operasi kafe
  • prasarana di kafe
  • masalah yang dialami oleh pihak pengurusan kafe dan lain-lain lagi.


Pengusaha kafe menunjukkan kawasan laluan binatang liar yang menjejaskan kebersihan kafe 








 Kami berbincang bersama pengusaha kafe akan cara-cara mengatasi masalah-masalah yang timbul di kafe

Hasil daripada pertemuan ini, pihak PERTAMA menyambut baik cadangan-cadangan yang diutarakan.



Sunday, 26 October 2014

Mesyuarat pihak PERTAMA bersama Dr. Ibrahim Mohamed

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i FTSM sekalian. Pada tanggal 12hb Oktober 2014 yang lalu, pihak PERTAMA 2014/15 yang diketuai oleh YDP saudara Hazim bersama Dr. Ibrahim (KiT) telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kerohanian pelajar FTSM. 

Mesyuarat ini telah diadakan di kafe Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Ia bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir satu jam kemudian. 

Agenda mesyuarat yang telah dibincangkan merangkumi :
  • hak-hak mahasiswi muslimah FTSM termasuklah ruangan untuk berehat dan menunaikan solat tanpa perlu bersesak-sesak
  • keadaan kafe FTSM dan tandas di Dewan Kuliah
  • cadangan dari pihak PERTAMA sendiri iaitu membuka Kiosk Keusahawanan di FTSM.


Dr. Ibrahim menyampaikan idea beliau

Saudara Hazim mendengar akan apa yang disampaikan oleh Dr. Ibrahim





Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YDP, Naib YDP, Exco dan Timb Exco Kebajikan dan Kerohanian, Exco dan Timb Exco Kesukanan dan Keceriaan, Timb Exco Akademik, Exco ICT dan Informasi, Exco Hubungan Luar dan Timb Exco Hal Ehwal Siswa Siswi.

Hasil daripada mesyuarat ini, pihak PERTAMA dan KiT menyambut baik cadangan-cadangan yang diutarakan.

Aktiviti Kurban Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) Sempena Idul Adha 1435H

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i Fakulti Teknologi & Sains Maklumat sekalian. Seperti yang sedia maklum pada 8hb Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H yang lalu pihak fakulti telah mengadakan majlis kurban sempena Hari Raya Aidil Adha. 



Aktiviti ini bertempat di dataran ICT iaitu bersebelahan dengan kafe FTSM dan aktiviti telah bermula seawal jam 8 pagi lagi dan telah diketuai oleh Dr. Ibrahim bin Mohamed bersama-sama pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain bergotong royong menjayakan aktiviti ini. 

Dr. Ibrahim bertungkus lumus menyiapkan daging masak kurma
Turut kelihatan YDP PERTAMA 2014/15 Saudara Hazim turut membantu menjayakan aktiviti ini

En. Akmal dan En. Hisyam turut membantu meyiapkan bahan-bahan masakan

Beberapa orang pelajar FTSM membantu bagi menjayakan aktiviti ini

Turut kelihatan staf FTSM membantu memotong daging
Aktiviti ini juga telah dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi fakulti termasuklah Timbalan Dekan Prasiswazah iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin b. Ab Aziz , Timbalan Dekan Pascasiswazah iaitu Prof. Madya Dr. Haslina bt. Arshad serta tidak ketinggalan Dekan fakulti iaitu Prof. Dr. Abdullah b. Mohd Zin. 

Pada jam 12.30 tengah hari, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Alumni UKM, YBhg Prof. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat telah hadir sebagai tetamu bagi aktiviti ini. 











Thursday, 2 October 2014

Sekitar Minggu Pendaftaran Kelab di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) Sesi 2014/2015

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kami ucapkan kepada rakan - rakan mahasiwa/i sekalian. Seperti yang kita sedia maklum, satu sesi pendaftaran keahlian kelab telahpun berlangsung sepanjang minggu lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh rakan - rakan mahasiswa/i sangat menggalakkan. Sehubungan dengan itu, kami  ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada kami untuk menjayakan sesi pendaftaran ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendaftar sebagai ahli kelab yang bernaung di bawah PERTAMA. Diharapkan rakan - rakan terus memberikan sepenuh komitmen seperti ini pada kelab - kelab yang anda sertai. Syabas dan tahniah!.


Sekitar pendaftaran keahlian NUMOOS @ KST 


Sekitar pendaftaran keahlian Kelab Cabaran Pengaturcaraan