Tuesday, 27 October 2015

Splash De Car by PERTAMA

0


Pada 26 September 2015, PERTAMA menganjurkan program Splash De Car iaitu servis cuci kereta untuk semua warga UKM. Program ini merupakan idea Exco Kesukanan dan Keceriaan dan juga inisiatif PERTAMA untuk menambah pendapatan di samping mengendalikan hal-hal mahasiswa FTSM. Tenaga kerja juga merupakan barisan PERTAMA sendiri.

Program ini berjalan dari pukul 11 pagi hingga 6 petang dan bertempat di sebelah Cafeteria FTSM. Namun keadaan hujan pada sebelah petang membuatkan aktiviti cuci kenderaan tergendala seketika dan kembali beroperasi selepas itu.
Sebanyak 7 buah kereta, 4 motosikal, 1 kereta MPV dan 1 pacuan 4 roda yang dapat dicuci di mana jumlah kesemuanya ialah 13 kenderaan.










InsyaAllah, akan ada pelbagai program yang pihak PERTAMA anjurkan selepas ini. Semoga dengan kerjasama semua warga UKM khususnya warga FTSM dapat memeriahkan lagi program-program PERTAMA di masa akan datang.

Terima kasih.


Monday, 21 September 2015

Aktiviti Gotong-Royong oleh PERTAMA

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Barisan PERTAMA kali ini mengadakan aktiviti gotong royong untuk menceriakan kawasan FTSM. Aktiviti ini diuruskan oleh Exco Kesukanan dan Keceriaan iaitu Siti Nur Atifah binti Ramli (Ketua) dan Puteri Nurul Fazleen binti Jefrry (Timbalan) dengan kerjasama Exco Pembangunan Sahsiah dan Rohani, Nabilah binti Ahmad Samsuri (Ketua) dan Mimi Azlina binti Razali (Timbalan) serta barisan PERTAMA yang lain.

Antara kawasan yang diceriakan ialah :

1) Surau (berdekatan kawasan Kafe FTSM)
2) Surau (Block E)
3) Bilik Gerakan PERTAMA
4) Tandas di FTSM


1) Surau (berdekatan kawasan Kafe FTSM)









3) Surau (Block E)












3) Bilik Gerakan PERTAMA








4) Tandas di FTSM







Semoga dengan inisiatif pihak PERTAMA, warga FTSM dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di fakulti seperti surau dan tandas dengan selesa.

Sekian terima kasih.

Tuesday, 15 September 2015

Pengedaran Topeng Muka (MASK) oleh PERTAMA

0


Pada 14 September 2015, PERTAMA mengambil inisiatif untuk mengedarkan topeng muka (mask) kepada secara PERCUMA berikutan keadaan persekitaran berjerebu yang teruk dengan catatan bacaan IPU di kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah 163* pada pukul 8.00 AM, 14 September 2015, iaitu berstatus Tidak Sihat. (RUJUKAN)

Inisiatif ini dijalankan sebagai langkah awal menjamin kesihatan warga FTSM dan menyenangkan lagi pergerakan untuk ke fakulti dan kawasan sekitar UKM. 

Berikut antara gambar-gambar sekitar pengedaran topeng muka oleh barisan PERTAMA 2015/2016 :



Thursday, 10 September 2015

Perjumpaan Barisan PERTAMA bersama Pelajar Tahun 1 FTSM Kemasukan Sesi 2015/2016

0


Pada 9 September 2015, telah diadakan satu sesi perjumpaan santai bersama Pelajar Tahun 1 FTSM untuk sesi kemasukan kali ini di Dewan Multimedia, FTSM dan turut dihadiri oleh Ketua Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA), FTSM, Dr. Amirah Ismail.


Perjumpaan yang berlangsung pada pukul 2 petang ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan PERTAMA serta menerangkan tugas-tugas serta peranan kami kepada Pelajar Tahun 1.


Majlis dikendalikan oleh YDP PERTAMA, Mohd Izlan Abd Halim dengan ucapan mengenai apa itu PERTAMA dan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi PERTAMA. Seterusnya, Ketua Exco Hal Ehwal Siswa Siswi PERTAMA, Nur Nabilah Syahirah Zainol memperkenalkan setiap exco barisan PERTAMA serta bidang tugas masing-masing bagi memudahkan Pelajar Tahun 1 merujuk kepada kami jika terdapat sebarang masalah. Program-program besar PERTAMA turut dinyatakan dalam perjumpaan ini.


Seterusnya, majlis memberi ruang kepada Dr. Amirah Ismail untuk berucap mengenai harapan beliau untuk menaikkan nama PERTAMA di fakulti serta menerangkan peranan PERTAMA yang menjaga kebajikan di FTSM.

Selain ucapan diberikan, Pelajar Tahun 1 juga diberi borang feedback yang perlu diisi mengenai pandangan mereka terhadap PERTAMA serta cadangan mereka untuk memantapkan lagi kualiti PERTAMA. Ini bertujuan untuk menambahbaik kepimpinan PERTAMA agar kami dapat menjaga kebajikan pelajar-pelajar di FTSM sepanjang sesi 2015/2016.













Saturday, 13 June 2015

Mensyuarat barisan PERTAMA 2015/2016 bersama Timbalan Dekan

0

Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mensyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat


Barisan kepimpinan PERTAMA 2015/2015 telah mengadakan mensyuarat bersama Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Mensyuarat ini adalah penjumpaan pertama antara Timbalan Dekan dan barisan kepimpinan PERTAMA. Turut dihadiri juga oleh Dr. Mohd Rosmadi Mokhtar iaitu Ketua Program Pengajian Sains Komputer.
Mensyuarat dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Juzaiddin Ab Aziz (Timbalan Dekan) dan Dr. Mohd Rosmadi Mokhtar (Ketua Program Pengajian Sains Komputer)

Mensyuarat ini juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru PERTAMA serta membentangkan tentang hala tuju dan idea-idea program PERTAMA pada sesi akademik 2015/2016.

Mensyuarat didahului dengan ucapan Timbalan Dekan serta pengenalan kepada barisan PERTAMA 2015/2016. Seterusnya diikuti dengan pembentangan idea-idea program PERTAMA. Idea-idea tersebut dibentang oleh YDP Mohd Izlan Abd Halim, bagi program rasmi PERTAMA dan bagi idea-idea program exco pula dibentangkan sendiri oleh exco-exco sendiri.




Timbalan Dekan dan Dr. Mohd Rosmadi menyambut baik idea-idea tersebut serta memberikan komen dan pandangan tentangnya. Antara program yang dicadangkan oleh barisan PERTAMA perlu diberikan prioriti dan tumpuan yang lebih, manakala program yang lain pula perlu dibincangkan semula cara pelaksanaannya bagi membolehkan semua program dalam dijalankan disamping menepati objektif setiap program.

Selain itu, penekanan terhadap kelab-kelab di FTSM juga perlu diambil kira bagi mewujudkan satu rangkaian antara organisasi serta mewujudkan kerjasama bagi membangunkan FTSM. Barisan PERTAMA juga disarankan untuk menerapkan nilai-nilai IT dalam sesuatu program yang akan dijalankan bertepatan dengan nama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Pada akhir mensyuarat, barisan PERTAMA bersetuju dengan pandangan yang diberikan serta beberapa ahli mengutarakan beberapa soalan kepada Timbalan Dekan dan majlis bersurai.