Perjumpaan Barisan PERTAMA bersama Pelajar Tahun 1 FTSM Kemasukan Sesi 2015/2016


Pada 9 September 2015, telah diadakan satu sesi perjumpaan santai bersama Pelajar Tahun 1 FTSM untuk sesi kemasukan kali ini di Dewan Multimedia, FTSM dan turut dihadiri oleh Ketua Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA), FTSM, Dr. Amirah Ismail.


Perjumpaan yang berlangsung pada pukul 2 petang ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan PERTAMA serta menerangkan tugas-tugas serta peranan kami kepada Pelajar Tahun 1.


Majlis dikendalikan oleh YDP PERTAMA, Mohd Izlan Abd Halim dengan ucapan mengenai apa itu PERTAMA dan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi PERTAMA. Seterusnya, Ketua Exco Hal Ehwal Siswa Siswi PERTAMA, Nur Nabilah Syahirah Zainol memperkenalkan setiap exco barisan PERTAMA serta bidang tugas masing-masing bagi memudahkan Pelajar Tahun 1 merujuk kepada kami jika terdapat sebarang masalah. Program-program besar PERTAMA turut dinyatakan dalam perjumpaan ini.


Seterusnya, majlis memberi ruang kepada Dr. Amirah Ismail untuk berucap mengenai harapan beliau untuk menaikkan nama PERTAMA di fakulti serta menerangkan peranan PERTAMA yang menjaga kebajikan di FTSM.

Selain ucapan diberikan, Pelajar Tahun 1 juga diberi borang feedback yang perlu diisi mengenai pandangan mereka terhadap PERTAMA serta cadangan mereka untuk memantapkan lagi kualiti PERTAMA. Ini bertujuan untuk menambahbaik kepimpinan PERTAMA agar kami dapat menjaga kebajikan pelajar-pelajar di FTSM sepanjang sesi 2015/2016.













No comments:

Pages