Saturday, 31 December 2016

Friday, 30 December 2016

ISU PENEMPATAN KOLEJ & PEMBENTANGAN TESIS PROJEK AKHIR PELAJAR TAHUN 3 FTSM

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdulillah saya telah menerima maklumat-maklumat pelajar tahun 3 dari wakil-wakil setiap kursus. Surat permohonan kebenaran "checkout" lewat serta senarai nama saya telah siapkan dan telah hantar kepada Timbalan Dekan Prasiswazah FTSM untuk ditandatangani.
In shaa Allah saya akan berjumpa dengan pihak pentadbiran ataupun wakil-wakil kolej kediaman iaitu kolej Pendeta Za'ba, Ibrahim Yaakub, Burhanudin Helmi, Ungku Omar dan Keris Mas untuk menyerahkan surat permohonan tersebut.
Sebarang kata putus dan keputusan bergantung kepada pihak kolej masing-masing.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Sunday, 25 December 2016

Saturday, 24 December 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

0


Selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh pelajar UKM khususnya kepada warga FTSM. Semoga doa dan tawakal mengiringi usaha kita selama ini. Selamat maju jaya!
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: text

Friday, 23 December 2016

Isu Pembentangan Projek Akhir Pelajar Tahun 3 FTSM

0

[Isu Pembentangan Projek Akhir Pelajar Tahun 3 FTSM]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, berkenaan dengan isu pembentangan Projek Tahun Akhir pelajar Tahun 3 FTSM, Saya telah menghubungi pihak kolej KPZ, KIY dan KBH utk minta kita pelajar FTSM tahun 3 boleh check out kolej lewat sedikit dan tanpa perlu bayar yuran penghinapan tambahan.. Pihak kolej mintak surat permohonan dan senarai nama pelajar tahun 3 (no matrik, nama, no bilik, kolej). Jadi mohon wakil setiap Kursus untuk serahkan senarai nama pelajar tahun 3 FTSM kepada saya selewat-lewatnya 31/12/2016.
Keputusan akhir terletak kepada pihak Kolej masing-masing.
Email : firdauspedot43@gmail.com
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FTSM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017


Thursday, 22 December 2016

MAXIS TURUN PADANG DI KPZ

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, hasil daripada resolusi dan perjumpaan antara Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil badan-badan pelajar bersama pihak Maxis dan PTM tempoh hari. Kini, pihak Maxis sendiri telah turun padang untuk mendengar keluhan dan aduan para pelajar dari wakil kolej secara terus. Perjumpaan Maxis bersama pihak kolej-kolej bermula dgn Kolej Pendeta Zaba, iaitu baru sahaja diadakan sebentar tadi. Turut terlibat felo-felo dan mep KPZ.
Dengan perjumpaan sebegini, diharapkan pihak Maxis dapat mendengar sendiri masalah yang dikemukakan oleh para pelajar secara lebih terperinci serta mampu bertindak menangani isu ini. Walaubagaimanapun, kami bagi wakil dari pihak MPP serta semua pelajar, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Maxis yang sanggup turun padang demi meneliti isu WiFi yang membelenggu para pelajar pada masa ini. Kita sama-sama berhempas pulas demi menjaga Kebajikan warga UKM. Terima kasih MAXIS ! 🙆
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
GALEEV G. LAJUTI
FARHA NADIA BINTI MD NIZAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017
Image may contain: 2 people, people sitting

ISU WIFI UKM

0

[UPDATE ISU WIFI]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kami telah berhubung dengan pihak maxis berkenaan dengan tarikh pihak maxis akan adakan lawatan ke kolej-kolej kediaman.
Menurut pihak maxis, mereka akan bergerak ke kolej-kolej yang banyak membuat aduan kepada pihak maxis. Pihak maxis akan membuat lawatan ke 3 kolej sahaja, iaitu Kolej Pendeta Za'ba, Kolej Kris Mas, dan Kolej Ungku Omar.
Untuk pengetahuan semua, malam ini 22/12/15 pihak maxis akan bergerak ke Kolej pendeta Za'ba untuk memeriksa kelajuan internet dan menerima maklum balas daripada pelajar.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar menasihatkan pelajar jika terlihat pihak maxis di kolej anda, bolehlah berjumpa dengan mereka dan menyatakan masalah anda secara terus.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
GALEEV G. LAJUTI
FARHA NADIA BINTI MD NIZAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Wednesday, 21 December 2016

2017 FTSM PROFESSIONAL DEVELOPMENT COURSE

0

2017 FTSM Professional Development Course is now open.
Programmes offered:
1. Using SPSS for Data Analytics (23-24 January)
2. Mobile Apps Development for Beginners (24-25 January)
3. Mobile Apps Development for Software Engineers (26-27 January)
4. Questionnaire Design (20-21 February)
5. Mobile Apps Development for Beginners (21-22 February)
6. Mobile Apps Development for Software Engineers (23 - 24 February)
7. Systematic Literature Review (20-21 March)
8. Mobile Apps Development for Beginners (21-22 March)
9. Mobile Apps Development for Software Engineers (23 - 24 March)
10. Poster Design Using Photoshop (17-18 April)
11. Mobile Apps Development for Beginners (18-19 April)
12. Mobile Apps Development for Software Engineers (20-21 April)
13. Web Development Using Wordpress (22-23 May)
14. Mobile Apps Development for Beginners (23 -24 May)
15. Mobile Apps Development for Software Engineers (25-26 May)
16. Rasberry Pi for Embedded System (17-18 July)
17. Mobile Apps Development for Beginners (18-19 July)
18. Mobile Apps Development for Software Engineers (20-21 July)
Open for all students, staffs and non-ukm.
FEE:
UKM - RM200
Non-UKM - RM300
For any enquiries, please contact : n.diyana@ukm.edu.my
or visit www.ftsm.ukm.my

Monday, 19 December 2016

Sambutan Maulidur Rasul peringkat UKM

0

[Sambutan Maulidur Rasul peringkat UKM]
Alhamdulillah, sedang berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringka UKM yang disambut oleh seluruh warga UKM dan juga turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM
Terima kasih kepada semua yang hadir, sama-sama kite memeriahkan majlis sambutan ini, in shaa Allah
'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM
PERTAMA SESI 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, selfie and close-up
Image may contain: 8 people, people standing, crowd, tree and outdoor

Image may contain: 11 people, people smiling, outdoor

Friday, 16 December 2016

MESYUARAT BERSAMA HESA

0



Alhamdulillah..selesai Mesyuarat terakhir tahun ini bagi Hesa & PERTAMA...Jumaat 16/12 jam 3.30- 5.45 petang, Mesyuarat Ketua HESA FTSM UKM dengan barisan Exco Persatuan Mahasiswa FTSM ( PERTAMA)👍🏻...Perform !👍😎💥🔶😉

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing and indoor

ISU PENGECUALIAN KREDIT PELAJAR LEPASAN DIPLOMA FTSM TAHUN 3

0

Alhamdulillah, pagi tadi saya telahpun menerangkan isu pengecualian kredit kepada pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM, antara isu yang berbangkit ialah ade beberapa subjek yang diminta pengecualian tidak diluluskan. Sebenarnya, ianya bukan tidak diluluskan tetapi belum dikemaskini di dalam sistem smpweb.
Semua subjek yang diminta di FTSM diberikan pengecualian kecuali subjek yang belum pernah diambil oleh para pelajar sewaktu diploma dahulu. Jika subjek tersebut pernah diambil maka permohonan pengecualian kredit kepada FTSM akan diluluskan.
Isu lain ialah berkenaan dengan citra bebas sebanyak 5 jam kredit yang telah para pelajar mohon pengecualian kredit daripada pusat citra dan fakulti-fakulti berbeza, untuk kursus citra ini, para pelajar perlu mengunggu surat kelulusan permohonan pengecualian kredit daripada pusat citra dan fakulti-fakulti berkenaan.
Saya dapat maklumat berkenaan dengan perkara ini daripada Prof. Dr. Rozilawati Razali, Timbalan Dekan Prasiswazah semasa saya berjumpa beliau semalam.
Sebarang pertanyaan boleh berjumpa terus dengan saya ataupun pihak Timbalan Dekan sendiri.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Thursday, 15 December 2016

PROGRAM CIMB FOUNDATION FINANCIAL LITERACY LAUNCH

0

[PROGRAM CIMB FOUNDATION FINANCIAL LITERACY LAUNCH]

Alhamdulillah, semalam, 14/12/16 telah berlangsung program CIMB Foundation Financial Literacy Launch di Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
Program ini merupakan satu program kerjasama antara Yayasan CIMB dengan Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM (PPMPA)
Program ini juga dihadiri oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: text
Image may contain: 6 people, people smiling, text

Friday, 9 December 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN

0

Alhamdulillah, sempena Peperiksaan Akhir Semester yang bakal berlangsung tidak lama lagi kami daripada barisan PERTAMA telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yaasin pada 8/12/2016.
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: one or more people and indoor

HESA ALUMNI FTSM UKM

0

Salam dan Slm Sejahtera para Alumni yang dihormati,..
Makluman💥
Iklan bagi 7 jawatan kosong di Information Security Lab, Bahagian Teknologi Industri, MIMOS Berhad, Bukit Jalil.
🔶KL Developer/Programmer Java, PHP
🔶openssl
🔶Database
Sanggup bekerja di sekitar Lembah Klang.
Jika berminat, boleh hantar CV ke: izyani.daud@mimos.my

Thursday, 8 December 2016

Wednesday, 7 December 2016

CYBER PARENTING TALK

0

👨‍👩‍👧‍👦 "CYBER PARENTING TALK" 👨‍👩‍👧‍👦

Oleh Pn Ellina Mubin, dari Cybersafe, Cybersecurity Malaysia
& Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman, Penasihat SIG CyberEthic, UKM. 

🗓 Tarikh : 7 Disember 2016
🕘 Masa : 9.00 pagi - 12 tengah hari
🏢 Tempat : Dewan Persembahan Multimedia, Fakulti Teknologi Sains & Maklumat, UKM

Kita sering dikejutkan dengan pelbagai masalah gejala sosial terutamanya dari kalangan remaja seperti buang bayi, penipuan, pornografi, ancaman siber, dadah, hilang maruah diri, ketagihan, lari rumah dll. Kajian mendapati bahawa penyumbang utama adalah berpunca daripada penggunaan gajet dan dunia siber terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat dan sebagainya tanpa ilmu pegetahuan dan kawalan.

Mungkinkah saudara mara anda bakal *SEORANG* daripada *MANGSA* tersebut. 😲😨

📢📢📢 Berita baik! Yuran adalah PERCUMA 🆓!

Jangan lepaskan *peluang* untuk mendalami ilmu kotemporari ini demi kebaikan masa depan bangsa dan negara.



No automatic alt text available.

TEROKA PC

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Program : TEROKA PC 😲😲😲
Mari meneroka alam pengkomputeran bersama Kelab Sumber Terbuka (Numoss)
Tarikh : 7 Disember 2016
Tempat : Makmal Masa Nyata Blok C Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg Jangan lepaskan peluang keemasan ini
No automatic alt text available.

Tuesday, 6 December 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PELAJAR FTSM

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

[💎 JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PELAJAR FTSM 💎]

Barisan kepimpinan PERTAMA akan menganjurkan Solat Perdana Pelajar FTSM bersempena peperiksaan akhir semester ini.

Dijemput semua pelajar FTSM untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ini.

Tempat : Surau Kolej Pendeta Zaba
Hari : 8/12/12 (Khamis)
Masa : Lepas solat maghrib

Image may contain: text

Monday, 5 December 2016

Sunday, 4 December 2016

PARLIMEN MAHASISWA UKM

0


Alhamdulillah telah selesai Persidangan Parlimen Mahasiswa UKM yng berlangsung selama 2 hari, iaitu pada 3 dan 4 Disember 2016.
Pelbagai isu dan persoalan yang elah dibincangkan dan dijawab semasa persidangan ini berlangsung, persidangan ini merupakan satu platform yang sangat baik bagi membincangkan tentang isu serta masalah yang dihadapi oleh para mahasiswa.
Inilah dia gambar-gambar mahasiswa mahasiswi FTSM yang hadir ke Persidangan Parlimen Mahasiswa UKM ini.
Image may contain: 3 people, people smiling, indoor


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and suit
Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor