Wednesday, 30 November 2016

PARLIMEN MAHASISWA UKM SESI 2016/2017

0



Selamat Bersidang
Image may contain: 10 people, people smiling, text
UKMpride updated their cover photo.
30 November 2016 ·

Parlimen Mahasiswa UKM akan berlangsung buat kali ketiga dalam sejarah penubuhannya pada 3 dan 4 Disember 2016. Kali ini, pembaharuan telah diusahakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi UKM dengan menjemput semua ketua organisasi berdaftar di UKM. Selain itu, segala hasil perbincangan Parlimen Mahasiswa juga akan dibawa ke meja rundingan bulat yang akan diadakan bersama dengan pihak pentadbiran tertinggi UKM bersama dengan ketua unit jabatan UKM.

Parlimen Mahasiswa UKM merupakan program berprestij yang dianjurkan secara bersama di antara MPP UKM bersama dengan pihak PPMPA. Platform ini merupakan simbol keterbukaan kesemua pihak untuk membincangkan sebarang isu berkaitan dengan UKM dan mencari jalan solusi yang terbaik.

Selamat bersidang kepada semua perwakilan dan ingatlah untuk sentiasa mengamalkan adab dan etika didalam dewan parlimen.

#UKMPride
#ParlimenMahasiswa

Image may contain: 10 people, people smiling, text





















Tuesday, 29 November 2016

PERTANDINGAN DI FTSM

0

*Do you use mobile apps everyday? If so, mobile apps have become a part of your daily life!*
Mobile Application Development Club presents to you:
    
*APPSQUAD COMPETITION*
   
Your BRILLIANT *IDEAS* can develop an amazing mobile application and make our daily life better!
💡 💡 💡 💡 💡
*TEAM*
👥 Max: 4 people; Min: 1 person
🔖 Fee: RM12 per person
🍽 Breakfast and lunch provided
📜 Certificates provided
🎖 Many awards & prizes to be won!
🗓 Come and join us on
*10th of December 2016📌
*FTSM, UKM*
〰〰〰〰〰〰〰〰
🌐 *VISIT OUR WEBSITE* 🌐
👉🏻 bit.ly/appsquad2016
*for more info & registration*
〰〰〰〰〰〰〰〰
For more info, please contact
💬 012-569 0486 (Nabila)

Wednesday, 23 November 2016

MEMBERRSIHKAN SEJADAH DAN TELEKUNG DI FTSM

0

Alhamdulillah, saya dan barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA) telah bersama-sama membasuh sejadah dan telekung di dobi sebentar tadi.
Kami juga telah bersama-sama untuk mengemas surau lelaki dan perempuan di FTSM pada siang tadi.
Kami harap dengan usaha kami yang kecil ini dapat memberi manfaat buat para pelajar FTSM in shaa Allah.
"Kebersihan adalah Sebahagian daripada Iman”
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

LAWATAN KE FTSM

0

Lawatan daripada Kolej Komuniti Pasir Salak ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat seramai 40 orang pelajar bersama 3 orang tenaga pengajar pada 20 Oktober 2016.



Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor

SUMBANGAN IKHLAS

0



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Kami daripada pihak PERTAMA mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada semua warga FTSM kepada Muhamad Ikram Bin Abdul Karim atas kehilangan ayahahandanya.
Oleh itu satu perjumpaan telah diadakan untuk menyerahkan sumbangan ikhlas di bilik PERTAMA pada 10 November 2016.
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: 2 people, people standing, people sitting and indoor

Tuesday, 22 November 2016

KEM PENGKOMPUTERAN UKM 2016

0





Sempena musim cuti sekolah akan datang, FTSM akan mengajurkan Sekolah@UKM: Kem Pengkomputeran UKM 2016 pada 5 - 9 Disember 2016. Pelbagai program akan dijalankan seperti:

1.Fun With Microsoft
2.Bengkel Asas Robotik Lego
3.Bengkel Asas Animasi
4.Google Apps For Education (GAFE)
5.Hour of Code with KODU
6.Cyber Parenting Talk
7.Teroka PC
8.Mobile Apps Development
9.Web Coding - PHP
10.Pengoperasian Robot dan Simulasi

Anak-anak warga UKM dan warga sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Dengkil, Semenyih, Serdang dan dimana-mana sahaja dijemput untuk menyertai program-program yang sangat bermanfaat ini.

Untuk maklumat lanjut seperti
1. maklumat program,
2. tarikh program
3. pembayaran dan pendaftaran

sila layari:
www.ftsm.ukm.my/kempengkomputeranukm

Sila semak kekosongan sebelum membuat pendaftaran

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 November 2016. Tempat adalah terhad. Rebut peluang anda

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Qursiah (03 - 8921 6178/qursia@ukm.edu.my) atau En. Rustam (03 - 8921 6082/rustam@ukm.edu.my)



No automatic alt text available.




Friday, 18 November 2016

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Pada 18 Novermber 2016 hari Jumaat telah berlangsungnya perjumpaan antara ahli PERTAMA dengan ahli Sekretariat. Sedikit kata-kata ucapan tahniah kepada yang terpilih serta penerangan mengenai bidang tugas masing-masing sepanjang bergelar sebagai Sekretariat PERTAMA.
Perjumpaan antara ahli PERTAMA dengan krew Cybernight Dinner turut berlangsung di Innovation Center, FTSM. Perjumpaan tersebut membincangkan tentang pembahagian tugas dan pemberitahuan gerak kerja setiap post untuk majlis makan malam yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Image may contain: 4 people, people sitting, living room, shoes and indoor   
Image may contain: 5 people, shoes

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and indoor  Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, shoes and indoor