Friday, 30 December 2016

ISU PENEMPATAN KOLEJ & PEMBENTANGAN TESIS PROJEK AKHIR PELAJAR TAHUN 3 FTSM

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdulillah saya telah menerima maklumat-maklumat pelajar tahun 3 dari wakil-wakil setiap kursus. Surat permohonan kebenaran "checkout" lewat serta senarai nama saya telah siapkan dan telah hantar kepada Timbalan Dekan Prasiswazah FTSM untuk ditandatangani.
In shaa Allah saya akan berjumpa dengan pihak pentadbiran ataupun wakil-wakil kolej kediaman iaitu kolej Pendeta Za'ba, Ibrahim Yaakub, Burhanudin Helmi, Ungku Omar dan Keris Mas untuk menyerahkan surat permohonan tersebut.
Sebarang kata putus dan keputusan bergantung kepada pihak kolej masing-masing.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

0 comments: