ISU WIFI UKM

[UPDATE ISU WIFI]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kami telah berhubung dengan pihak maxis berkenaan dengan tarikh pihak maxis akan adakan lawatan ke kolej-kolej kediaman.
Menurut pihak maxis, mereka akan bergerak ke kolej-kolej yang banyak membuat aduan kepada pihak maxis. Pihak maxis akan membuat lawatan ke 3 kolej sahaja, iaitu Kolej Pendeta Za'ba, Kolej Kris Mas, dan Kolej Ungku Omar.
Untuk pengetahuan semua, malam ini 22/12/15 pihak maxis akan bergerak ke Kolej pendeta Za'ba untuk memeriksa kelajuan internet dan menerima maklum balas daripada pelajar.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar menasihatkan pelajar jika terlihat pihak maxis di kolej anda, bolehlah berjumpa dengan mereka dan menyatakan masalah anda secara terus.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
GALEEV G. LAJUTI
FARHA NADIA BINTI MD NIZAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No comments:

Pages