MAXIS TURUN PADANG DI KPZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, hasil daripada resolusi dan perjumpaan antara Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil badan-badan pelajar bersama pihak Maxis dan PTM tempoh hari. Kini, pihak Maxis sendiri telah turun padang untuk mendengar keluhan dan aduan para pelajar dari wakil kolej secara terus. Perjumpaan Maxis bersama pihak kolej-kolej bermula dgn Kolej Pendeta Zaba, iaitu baru sahaja diadakan sebentar tadi. Turut terlibat felo-felo dan mep KPZ.
Dengan perjumpaan sebegini, diharapkan pihak Maxis dapat mendengar sendiri masalah yang dikemukakan oleh para pelajar secara lebih terperinci serta mampu bertindak menangani isu ini. Walaubagaimanapun, kami bagi wakil dari pihak MPP serta semua pelajar, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Maxis yang sanggup turun padang demi meneliti isu WiFi yang membelenggu para pelajar pada masa ini. Kita sama-sama berhempas pulas demi menjaga Kebajikan warga UKM. Terima kasih MAXIS ! ðŸ™†
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
GALEEV G. LAJUTI
FARHA NADIA BINTI MD NIZAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017
Image may contain: 2 people, people sitting

No comments:

Pages