Saturday, 28 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017

0

Kami dari barisan kepimpinan PERTAMA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua pelajar yang berbangsa Cina di Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya pelajar di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: text

Thursday, 26 January 2017

HEBAHAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

0

[Hebahan Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2016/2017]
Perhatian kepada semua mahasiswa/i UKM
Assalamualaikum w.b.t dan Salam SejahteraKeputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2016/2017 boleh mula disemak bermula daripada 10 Februari 2017 melalui capaian SMPWEB atau khidmat pesanan ringkas ke 15888
Tarikh: 10 Februari 2017
Melalui capaian
1. SMPWeb di
Atau
2. SMS
UKM RESULT jarak ke 15888
Diharapkan mahasiswa/i dapat melunaskan apa apa hutang tertunggak bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan dengan keputusan peperiksaan
Kami Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA) mendoakan yang terbaik bagi kesemua mahasiswa/i agar mendapat keputusan yang cemerlang
Sekian
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.

Friday, 20 January 2017

LAWATAN INDUSTRI

0

Lawatan ke HUAWEI CSIC di Doubletree by Hilton pada 19 Januari 2017 yang dihadiri oleh beberapa orang para pensyarah dan pelajar FTSM.

No automatic alt text available.

Image may contain: 30 people, people smiling  Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Monday, 16 January 2017

INNOFARM (TAMAN INOVASI)

0

InnoFarm (Taman Inovasi) menjadi salah satu finalist dari UKM bagi Kategori Institusi untuk Anugerah Keusahawanan MOHE / Ministry of Higher Education Entrepreneurial Awards (MEA) 2016/2017.

Satu lawatan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi akan hadir pada 17 Januari 2017 untuk menilai usaha dan aktiviti yang dijalankan di InnoFarm.

Semoga memperoleh kejayaan.

#innofarmftsm #ftsmukm #ftsmawesome#ukmmoments


No automatic alt text available.


Friday, 13 January 2017

ISU PENGECUALIAN KREDIT PELAJAR LEPASAN DIPLOMA TAHUN 3 FTSM

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, petang tadi saya dan beberapa orang pelajar telahpun berjumpa dengan Timbalan Dekan Pra-Siswazah untuk berbincang mengenai isu pengecualian kredit bagi pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM.
Hasil dari perbincangan tersebut, semua subjek yang pernah pelajar ambil semasa diploma dan minta untuk pengecualian dari pihak FTSM, semuanya diluluskan, dan surat kelulusan boleh di pejabat pra siswazah. Untuk subjek-subjek yang diminta dari fakulti lain, jika tidak mendapat kelulusan, maka anda tetap perlu mengambil subjek-subjek tersebut bagi melengkapkan jumlah jem kredit anda.
Seterusnya, untuk subjek TITAS, semua pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM PERLU AMBIL pada semester hadapan, ini berikutan, subjek TITAS yang anda pernah ambil semsa diploma dahulu tidak sama dengan yang akan anda ambil di UKM ini..
Segala persoalan dan permasalahan berkenaan dengan pengecualian kredit pelajar diploma tahun 3 ataupu tahun 2 bolehlah berjumpa terus dengan saya ataupun ketua Program masing-masing, ataupun terus kepada timbalan Dekan Prasiswazah sendiri.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: 2 people, people sitting, screen, living room, table and indoor

Thursday, 12 January 2017

CUTI SEMESTER

0

Assalamulaikum w.b.t. dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah cuti ini secara tidak langsung menjadi penutup tirai bagi semester 1 bagi sesi 2016/2017. Maka dengan itu, kami dipihak Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua mahasiswa UKM.
Semoga cuti akhir semester ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.Tidak lupa juga, kepada semua mahasiswa tahun akhir, selamat menyelesaikan tesis dan selamat menjalani latihan industri.
Sepanjang cuti semester ini, jagalah kesihatan anda. InsyaAllah, selamat bercuti dan semoga bersua lagi pada semester akan datang.
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: cloud, sky and text

Wednesday, 11 January 2017

KARNIVAL LATIHAN INDUSTRI DAN KERJAYA (KLIK2017)

0

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan menganjurkan Karnival Latihan Industri dan Kerjaya (KLIK2017) pada 24 Januari 2017 di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS). KLIK2017 adalah untuk memperkasa pelajar dalam pembentangan Projek Industri yang telah dibuat semasa Latihan Industri mereka melalui pembentangan poster.

Sila muat turun template poster mengikut kategori masing-masing dan sila sahkan kehadiran anda sebelum atau pada 16 Januari 2017 diwww.ftsm.ukm.my/klik2017

sebarang pertanyaan sila hubungi Unit HEJIM FTSM 03-8921 6178 (Pn. Qursia) atau hejimftsm@ukm.edu.my

Semua warga FTSM dijemput hadir.
 — withPersatuan Mahasiswa FTSM UKM.

No automatic alt text available.

Tuesday, 10 January 2017

ISU PENEMPATAN KOLEJ DAN PERBENTANGAN PROJEK AKHIR FTSM

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, makluman untuk pelajar tahun 3 FTSM yang akan melakukan perbentangan Projek Akhir pada 17/1/2017, bagi pelajar yang menetap di Kolej Pendeta Zaba dan kolej Burhanudin Helmi, anda tidak perlu beritahu pihak kolej tentang anda akan checkout lewat kerana saya telah memberikan senarai nama kepada pihak Kolej.
Pelajar KPZ dan KBH juga tidak perlu melakukan apa-apa bayaran tambahan pada semester ini, sebaliknya yuran tambahan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem e-kewangan anda.
Untuk pelajar KIY, KUO dan KKM pula, anda diminta untuk bertanyakan status permohonan penempatan kolej yang telah saya lakukan itu di pejabat kolej anda.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Thursday, 5 January 2017

UPDATE ISU PENEMPATAN KOLEJ DAN PEMBENTANGAN AKHIR PELAJAR TAHUN 3 FTSM

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah surat permohonan kebenaran "checkout" kolej lewat tanpa dikenakan yuran tambahan telahpun saya serahkan ke pihak kolej-kolej. Kolej yang terlibat ialah Kolej Pendeta Za'ba, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar dan Kolej Keris Mas.
Sebarang makluman akan keputusan permohonan akan saya beritahu dari semasa ke semasa, semua pelajar FTSM tahun 3 juga dinasihatkan untuk turut memberitahu pihak pejabat kolej tentang anda akan "checkout" lewat.
Sebarang kata putus terletak pada pihak kolej kediaman masing-masing sama ada meluluskan permohonan ini ataupun tidak. Akhir kata, selamat maju jaya dalam peperiksaan dan Projek Akhir anda..
"Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi"
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.