Tuesday, 10 January 2017

ISU PENEMPATAN KOLEJ DAN PERBENTANGAN PROJEK AKHIR FTSM

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, makluman untuk pelajar tahun 3 FTSM yang akan melakukan perbentangan Projek Akhir pada 17/1/2017, bagi pelajar yang menetap di Kolej Pendeta Zaba dan kolej Burhanudin Helmi, anda tidak perlu beritahu pihak kolej tentang anda akan checkout lewat kerana saya telah memberikan senarai nama kepada pihak Kolej.
Pelajar KPZ dan KBH juga tidak perlu melakukan apa-apa bayaran tambahan pada semester ini, sebaliknya yuran tambahan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem e-kewangan anda.
Untuk pelajar KIY, KUO dan KKM pula, anda diminta untuk bertanyakan status permohonan penempatan kolej yang telah saya lakukan itu di pejabat kolej anda.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

0 comments: