Monday, 27 February 2017

BORANG PENDAFTARAN KES KHAS BAGI KURSUS CITRA UNIVERSITI (KOD LM**)

0

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Perhatian kepada semua mahasiswa/i UKM
Sukacita diingatkan bahawa Borang Pendaftaran Kes Khas bagi Kursus Citra Universiti Kod LM** sudah boleh dimuat turun di laman sesawang Pusat Citra UKM ( www.ukm.my/citra )
Mahasiswa yang ingin melakukan pendaftaran manual diingatkan untuk melengkapkan borang ini dan menghantarnya ke Pusat Citra sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan masalah timbul kelak
Berikan laluan dan keutamaan kepada pelajar tahun akhir supaya mereka mudah untuk bergraduasi tepat pada waktunya
Kami di Perwakilan ASPIRASI memohon para mahasiswa untuk merancang jadual pembelajaran anda dengan sebaik mungkin demi kebaikan anda dan mahasiswa lain
Sekian
RIDHUWAN BIN RASHIDI
KETUA KRA 4
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

No automatic alt text available.

Saturday, 25 February 2017

TAKZIAH KEPADA PELAJAR FTSM

0


Kami daripada barisan kepimpinan PERTAMA dan seluruh warga FTSM mengucapkan takziah kepada Puteri Shahidah Binti Zulkifli pelajar FTSM Tahun 2 jurusan Teknologi Maklumat yang baru sahaja kehilangan bapanya pada 24/2/2017 dan kami ingin mengajak semua pelajar untuk sedekahkan alfatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT 
SESI 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Thursday, 23 February 2017

NOTIS PENUTUPAN SISTEM PEMBANGUNAN INSANIAH (SPI)

0

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pembangunan Insaniah (http://smp.ukm.my/spi) akan ditutup bagi semua permohonan aktiviti/program pelajar mulai pada 27 Februari 2017 (Isnin).
Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 27 Februari 2017, semua permohonan kelulusan aktiviti/program pelajar sama ada berkredit atau tanpa kredit boleh melalui Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di URL https://istar.ukm.my.
Diharapkan agar mahasiswa UKM dapat menyesuaikan diri dengan sistem iSTAR yang baharu serta peka dengan penutupan Sistem Kemahiran Insaniah (SPI). Kami di barisan MPP ASPIRASI akan cuba mendapatkan maklumat daripada PPMPA adakah penerangan siri ke-2 tentang penggunaan iSTAR ini akan dilakukan susulan penerangan siri pertama yang pernah dilakukan sebelum ini.
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016/2017
Image may contain: text

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Saturday, 18 February 2017

MINGGU JALINAN MESRA

0

Minggu Jalinan Mesra (MJM) diadakan pada minggu pertama di setiap semester untuk pelajar prasiswazah FTSM. MJM bertujuan untuk merapat hubungan/ukhuwah antara pelajar-pelajar dan pelajar-kakitangan, selain menyedia mental dan fizikal pelajar bagi menghadapi sesi pembelajaran yang baharu. MJM untuk Semester 2 2016/17 telah berlangsung pada 13 - 16 Februari 2017

Image may contain: 10 people, people sitting and crowd

Image may contain: 4 people



Image may contain: 2 people, screen and indoor





Image may contain: 2 people, people sitting, screen and indoor





Friday, 17 February 2017

MESYUARAT PERTAMA BERSAMA KETUA HESA FTSM

0


Pagi tadi telah berlangsung satu mesyuarat antara Barisan Exco PERTAMA dan juga Ketua HESA FTSM. Perkara yang dibicangkan ialah berkenaan dengan Cybernight Dinner FTSM yang akan diadakan pada bulan Mei tahun ini.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh saudara Afiq Muslee dan saudari Nabilah Syahirah selaku mantan Jawatankuasa Cybernight Dinner tahun lepas.
Pelbagai input dan cadangan yang diperoleh daripada mesyuarat ini.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting, shoes and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting, screen, table, office and indoor

Wednesday, 15 February 2017

PROGRAM JOM MOBILITI @ ASEAN, FTSM

0

Sedang berlangsung program Jom mobiliti @ ASEAN bagi pelajar Tahun 2 yang berlangsung di Dewan Kuliah, FTSM. Program ini memberi penerangan dan perkongsian pengalaman mengenai program program mobiliti di ASEAN.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
PERTAMA 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: indoor

Tuesday, 14 February 2017

Program Sihat@FTSM

0

[Program Sihat@FTSM]
Alhamdulilalh, baru sahaja selesai program Sihat@FTSM yang diuruskan oleh pihak PERTAMA dan Sekreteriat PERTAMA.
Program ini juga merupakan satu slot di dalam Minggu Jalinan Mesra FTSM yang berlangsung pada minggu pertama pengajian semester ini. Program ini melibatkan para pelajar FTSM bersama para pensyarah.
Diharapkan program mampu untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang sukan, in shaa Allah.
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: 1 person, standing, sky, crowd, outdoor and nature

Image may contain: one or more people and outdoor

PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN 3 LEPASAN DIPLOMA BERSAMA PENYELARAS CITRA FTSM

0

Sebentar tadi, saya bersama-sama dengan pelajar-pelajar tahun 3 lepasan diploma FTSM telah berjumpa dengan Puan Norleyza, Penyelaras Citra FTSM bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkenaan dengan citra.
Hasil dari pertemuan ini, semua pelajar tahun 3 lepasan diploma FTSM perlu megambil kursus LMCE3041 - Effective Job Search and Application pada semester 2 ini. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan saya ataupun penyelaras citra FTSM.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FTSM
merangkap
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017
Image may contain: 5 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Monday, 13 February 2017

Teh Tarik Bersama Pentadbir

0

Sedang berlangsung program Teh Tarik Bersama Pentadbir yang dilakukan di Dewan Multimedia FTSM yang melibatkan semua pelajar tahun 3 FTSM.
Program ini bertujuan untuk menjawab segala persoalan pelajar tahun 3 berkenaan dengan Citra, Latihan Industri dan sebagainya. Program ini bersifat santai di mana para pelajar akan bertanya dan akan dijawab oleh pihak pentadbiran FTSM.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.

Image may contain: shoes and indoor

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Majlis Apresiasi Pelajar FTSM

0


Alhamdulillah, siang tadi telah berlangsung dengan jayanya program Majlis Apresiasi Pelajar FTSM. Program ini merupakan satu majlis di mana para pelajar diberikan penghargaan dan sijil berdasarkan pencapaian mereka di dalam bidang akademik, dan juga bukan akademik.
Program ini merupakan satu slot di dalam Minggu Jalinan Mesra FTSM yang berlangsung pada minggu pertama semester ini.
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya menerima anugerah-anugerah yang disediakan. Buat mereka yang tidak berjaya mendapat anugerah, jangan berputus asa, in shaa Allah dengan usaha dan doa yang cukup, kota juga mampu untuk menerima anugerah dekan dan sebagainya.
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 3 people, indoor


Sunday, 12 February 2017

SELAMAT MEMULAKAN PEMBELAJARAN SEMESTER 2 SESI 2016/2017

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kami Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA) mengucapkan selamat kembali ke UKM dan selamat memulakan pembelajaran semester 2 pada sesi 2016/2017 ini.
Semoga semester ini menjadi lebih baik dari semester sebelumnya, in shaa Allah. Kami berharap agar semua mahasiswa FTSM terus berusaha untuk memberi yang terbaik untuk semester ini.
Selamat maju jaya.
"Mahasiswa Berintegriti, Pemangkin Keunggulan Prestasi"
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: text and outdoor

PEKELILING AKADEMIK: PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2016/2017

0

Perhatian kepada semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia
Berikut merupakan tarikh tarikh penting bagi Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi 2016/2017
13/02/2017
•Pendaftaran Kursus bagi pelajar yang:
•Tidak membuat pendaftaran awal
• Mengantung pendaftaran pada semester sebelumnya
13/02/2017 - 26/02/2017
•Minggu Tambah/Gugur Kursus
27/02/2017 - 12/03/2017
•Minggu Gugur Kursus
13/03/2017 - 19/03/2017
•Minggu Pengesahan Pendaftaran Kursus
13/03/2017 - 09/04/2017
•Tarik Diri Kursus Sahaja
Pendaftaran Kursus boleh dilakukan melalui SMPWEB di capaian http:www.ukm.my/smpweb
Diingatkan agar semua mahasiswa untuk peka dengan segala perkembangan dan tarikh tarikh penting pendaftaran kursus bagi mengelakkan sebarang masalah dan dikenakan tindakan.
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung secara terus di kaunter Pusat Pengurusan Akademik.
Sekian
EXCO AKEDEMIK
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Friday, 10 February 2017

Thursday, 9 February 2017

MINGGU JALINAN MESRA (MJM)

0

Minggu Jalinan Mesra (MJM) diadakan pada minggu pertama di setiap semester untuk pelajar prasiswazah FTSM. MJM bertujuan untuk merapat hubungan/ukhuwah antara pelajar-pelajar dan pelajar-kakitangan, selain menyedia mental dan fizikal pelajar bagi menghadapi sesi pembelajaran yang baharu.
MJM untuk Semester 2 2016/17 akan berlangsung pada 13 - 16 Februari 2017