Wednesday, 1 March 2017

HARI BERPAKAIAN KORPORAT DAN FORMAL DI FTSM

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) akan melancarkan kempen Hari Berpakaian Korporat dan Formal pada setiap hari Rabu.
PERTAMA sangat mengalu-alukan semua pelajar prasiswazah dan siswazah berpakaian Korporat dan Formal di FTSM pada setiap hari RABU. Kempen ini bertujuan untuk membina keterampilan mahasiswa/i FTSM sendiri supaya sentiasa kelihatan kemas serta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak.
Semua pelajar FTSM digalakkan memakai Baju Korporat Dan Formal pada setiap hari Rabu mulai semester ini.
PERTAMA akan membuka tempahan untuk Baju Korporat FTSM dengan mengisi maklumat di google form, dengan click link ini https://goo.gl/forms/VlAtKijtUgd74krw1
Baju Korporat FTSM ini juga boleh dipakai semasa aktiviti rasmi, lawatan, aktiviti-aktiviti dalaman SIG.
*Tempahan akan dibuka sehingga 20/3/2017.*
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan mana-mana ahli PERTAMA.
"MAHASISWA BERINTEGRITI, PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
PERTAMA SESI 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

0 comments: