ISU UKM WIFI


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi telah menerima aduan berkenaan dengan masalah ukm wifi pagi ini (4 mac 2017), antaranya ialah perubahan antara muka(interface) sistem login ukm wifi, dan juga ramai pelajar yang tidak dapat log masuk ke ukm wifi.

Kami telahpun membawa aduan-aduan ini ke pihak Pusat Teknologi Maklumat, dan pihak Maxis. Diharapkan pelajar mohon bertenang. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dengan kadar segera.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.

No comments:

Pages