PERINGATAN PENDAFTARAN ONLINE KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Seperti kita sedia maklum, pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) bernilai RM250 telah ditukarkan kepada Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit) yang boleh membantu mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.
Bagi Mahasiswa/i yang belum mendaftar KADS1M Debit, ianya hanya boleh dilakukan secara atas talian sehingga 31 MAC 2017 ini.
1. Isi borang permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt
2. Status permohonan akan disahkan melalui email
3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk mengambil KADS1M Debit
Bagi mahasiswa/i yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mengalami masalah permohonan KADS1M Debit, anda boleh rujuk di papan kenyataan di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UKM di aras 5, Bangunan Pusanika atau boleh terus hubungi talian Hotline Bank Rakyat iaitu 1300 80 5454 .
Sila daftar sebelum 31 MAC 2017 secara atas talian di website www.bankrakyat.com.my/bppt
Nazihah binti Safuan
Timbalan bendahari
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

No automatic alt text available.

No comments:

Pages