Perjumpaan Antara Majlis Perwakilan Pelajar UKM dan PERTAMA


 Kunjungan Mesra MPP PMUKM Ke Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada hari ini, MPP PMUKM telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan tentang sebarang permasalahan di peringkat fakulti dan menjelaskan kepada ahli persatuan tentang beberapa bantuan yang boleh dilaksanakan oleh MPP dari beberapa aspek.
Selain itu, perjumpaan ini adalah serampang dua mata bagi mewujudkan hubungan baik antara persatuan-persatuan di UKM yang dipayungi oleh PMUKM sebagai persatuan induk di UKM.
Diharapkan melalui perjumpaan seperti ini, hubungan antara MPP dan persatuan-persatuan di UKM akan terus utuh dalam memfokuskan kepada kebajikan mahasiswa di UKM.
Muhammad Firdaus bin Dzi Murad
Majlis Perwakilan Pelajar FTSM
Merangkap Yang Dipertua PERTAMA
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2016/2017

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

















Image may contain: 1 person, sitting and indoor

No comments:

Pages