SUMBANGAN KEPADA PELAJAR FTSM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami daripada barisan kepimpinan PERTAMA dan seluruh warga FTSM mengucapkan takziah kepada Puteri Shahidah Binti Zulkifli pelajar FTSM Tahun 2 jurusan Teknologi Maklumat yang telah kehilangan bapanya 24/2/2017 dan PERTAMA telah melancarkan tabung derma kilat dan telah memberi sedikit sumbangan buat ahli keluarga saudari Puteri Shahidah.
Kami berharap sumbangan itu dapat meringankan sedikit beban buat Puteri dan keluarga. Diharap semua warga FTSM dapat sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
SESI 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

No comments:

Pages