Tuesday, 25 April 2017

PROGRAM INFRASISWA 2017 - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, FTSM

0


Alhamdulillah pada hari Ahad, 23 April 2017 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah menerima satu set meja dan kerusi sumbangan ramai atas usaha satu projek INFRASISWA daripada Persatuan Mahasiswa UKM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa UKM kerana sentiasa cakna terhadap kebajikan mahasiswa di UKM. Set meja dan kerusi ini telah diletakkan di ruang legar antara blok B dan Blok C berhadapan bilik Viva.
Set meja dan kerusi ini adalah kegunaan kita bersama serta dengan harapan dapat sama-sama kita manfaatkan kemudahan yang diberikan dan jagalah ia dengan sebaik baik nya.
Muhammad Firdaus bin Dzi Murad
Yang Dipertua
Persatuan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2016/2017

No automatic alt text available.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing  Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor



Thursday, 20 April 2017

PERLANTIKAN JAWATANKUASA RIDAKSI MAJALAH ASPIRASI UKM

0

Alhamdulillah, pada pagi 19/4/2017 semalam, Wakil-wakil pelajar dan pensyarah FTSM telah hadir ke Bengkel Majalah Aspirasi yang diadakan di Bilik Majlis, Canselori UKM.
Majlis perasmian ini dirasmikan oleh Dato' Aziah selaku TNC HEPA. Dan para pelajar wakil FTSM telah menerima lantikan sebagai jawatankuasa ridaksi Majalah Aspirasi UKM. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih. Dan semoga dapat membantu dan menyiapkan majalah Aspirasi UKM ini, in shaa Allah.
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: 6 people, people standing
Image may contain: 12 people, people smiling

Tuesday, 18 April 2017

PENCARIAN BARISAN KEPIMPINAN PERTAMA SESI 2017/2018

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adakah anda bercita-cita untuk berkhidmat sebagai seorang *pemimpin* pelajar?
Anda ingin menjadi *PERTAMA* dan menjadikannya salah satu platform untuk menyumbang kepada FTSM?
Anda ingin memperjuangkan *hak-hak kebajikan mahasiswa/i* di FTSM?
Anda mempunyai *idea-idea bernas* untuk menjalankan program yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga FTSM dan ingin merealisasikannya?
Jika jawapan anda adalah *YA* kepada semua soalan tersebut, maka andalah yang kami cari!
Mari sertai kami sebagai *legasi PERTAMA pada sesi 2017/2018*.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di *Bilik Gerakan PERTAMA*.
Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan mengikut butiran berikut :
*TARIKH : 11-21April 2017*
*TEMPAT : Bilik Gerakan PERTAMA, Blok D, FTSM*
*Temuduga* akan dilakukan bagi setiap permohonan yang *terpilih*.
Jangan lepaskan pengalaman berharga ini. Tunggu apa lagi? Marilah sertai kami!
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Wednesday, 12 April 2017

PERTANDINGAN VIDEO INOVASI

0

Assalmualaikum & selamat sejahtera 🙆🏻 *PERHATIAN!!!*📢📢📢📢📢
Adakah anda mempunyai bakat yang terpendam? atau ingin cari pengalaman dalam bidang *videografi*? Haa apa tunggu lagi, marilah sertai pertandingan membuat *video pendek*🎥 @ *dokumentari*📹anjuran kelab *VIC.*
Lumayan ui hadiah! 💰💰💰
still ada masa ni nak shoot.  due date *8 MEI 2017* 
MOHON TULARKAN 📮 kepada abang kakak sedara-mara semua yang sedang belajar di *universiti awam mahupun universiti swasta!* Tak ketinggalan juga *belia* diluar sana👭👭👭👭👬👬👬👬👬👫👬👫👬👭👬👬
JUMPA ANDA DI *Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,💻 UKM, BANGI* 👋🏼👋🏼👋🏼👋🏼👋🏼
Haa tunggu apa lagi, cepat daftar! 👨👨👨👨‍💻👩👩👩👩‍💻
Sebarang pertanyaan sila hubungi
📞 012-2972485 (raja)
📞 013-5983061 (syazwan)
📞 011-10764917 (ajeerah)

No automatic alt text available.