Tuesday, 25 April 2017

PROGRAM INFRASISWA 2017 - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, FTSM

0


Alhamdulillah pada hari Ahad, 23 April 2017 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah menerima satu set meja dan kerusi sumbangan ramai atas usaha satu projek INFRASISWA daripada Persatuan Mahasiswa UKM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa UKM kerana sentiasa cakna terhadap kebajikan mahasiswa di UKM. Set meja dan kerusi ini telah diletakkan di ruang legar antara blok B dan Blok C berhadapan bilik Viva.
Set meja dan kerusi ini adalah kegunaan kita bersama serta dengan harapan dapat sama-sama kita manfaatkan kemudahan yang diberikan dan jagalah ia dengan sebaik baik nya.
Muhammad Firdaus bin Dzi Murad
Yang Dipertua
Persatuan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2016/2017

No automatic alt text available.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing  Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor



0 comments: