Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2017/2018

Pada harini (14 September 2017)  telah berlangsung sesi penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 di Pejabat Dekan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
Calon yang mendaftarkan diri ialah saudara Muhammad Iqbal bin Ahmad Kamal, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA). Disebabkan oleh hanya seorang sahaja yang mendaftar kan diri sebagai calon, maka, saudara Iqbal telah menang tanpa bertanding.
Tahniah kepada saudara Iqbal Kamal atas kemenangan tanpa bertanding bagi kerusi FTSM. Semoga beliau dapat meneruskan kejayaan yang telah di lakukan oleh MPP FTSM sebelumnya.
"Mahasiswa Berintegriti, Pemangkin Keunggulan Prestasi"
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2017/2018







No comments:

Pages