Monday, 23 February 2015

Pendaftran Kursus Semester II Sesi Akademik 2014/2015

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Hari ini, 23 Feb 2015 merupakan hari pertama sesi kuliah untuk semester II ini. Kami di pihak PERTAMA mengucapkan Selamat Kembali ke UKM dan FTSM khususnya kepada semua mahasiswa/i UKM. 

Di sini kami sertakan maklumat tentang Pendaftaran Kursus Semester II Sesi 2014/2015  bagi memudahkan segala urusan pendaftaran kursus kelak. 



"The only person who is educated is the one who has learned how to learn and change."
Sekian, terima kasih.

Thursday, 5 February 2015

Innovation Space berwajah baharu 2015

0


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua mahasiswa/i FTSM sekalian. Cuti semester sesi 2014/2015 hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Jadi bersediakah anda untuk menempuhi semester 2 untuk sesi kali ini? Inshaa Allah.

Baiklah, seperti sedia maklum bahawa sebelum ini Innovation Space FTSM (bersebelahan Library FTSM) telah menjadi tempat para mahasiswa/i berkumpul untuk melakukan kerja-kerja ilmiah dan sebagainya.

Justeru itu, pihak pengurusan FTSM telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kerusi dan meja bagi memberi keselesaan kepada mahasiswa/i itu sendiri. 





Diharapkan selepas cuti semester ini, ruang ini akan lebih meriah dengan aktiviti ilmiah oleh mahasiswa/i FTSM sendiri.

p/s : Sama-sama kita berdoa untuk keputusan peperiksaan akhir yang akan diumumkan kelak :)

Monday, 27 October 2014

Pertemuan Ringkas YDP PERTAMA bersama Pengusaha Kafe FTSM

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i FTSM sekalian. 
Pada tanggal 14hb Oktober 2014 yang lalu, pihak PERTAMA 2014/15 yang diketuai oleh YDP saudara Hazim bersama pengusaha kafe FTSM telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kerohanian pelajar FTSM. 

Mesyuarat ini telah diadakan di kafe FTSM, UKM. Ia bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir satu jam kemudian.

Agenda pertemuan yang telah dibincangkan merangkumi :
  • waktu operasi kafe
  • prasarana di kafe
  • masalah yang dialami oleh pihak pengurusan kafe dan lain-lain lagi.


Pengusaha kafe menunjukkan kawasan laluan binatang liar yang menjejaskan kebersihan kafe 








 Kami berbincang bersama pengusaha kafe akan cara-cara mengatasi masalah-masalah yang timbul di kafe

Hasil daripada pertemuan ini, pihak PERTAMA menyambut baik cadangan-cadangan yang diutarakan.



Sunday, 26 October 2014

Mesyuarat pihak PERTAMA bersama Dr. Ibrahim Mohamed

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i FTSM sekalian. Pada tanggal 12hb Oktober 2014 yang lalu, pihak PERTAMA 2014/15 yang diketuai oleh YDP saudara Hazim bersama Dr. Ibrahim (KiT) telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kerohanian pelajar FTSM. 

Mesyuarat ini telah diadakan di kafe Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Ia bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir satu jam kemudian. 

Agenda mesyuarat yang telah dibincangkan merangkumi :
  • hak-hak mahasiswi muslimah FTSM termasuklah ruangan untuk berehat dan menunaikan solat tanpa perlu bersesak-sesak
  • keadaan kafe FTSM dan tandas di Dewan Kuliah
  • cadangan dari pihak PERTAMA sendiri iaitu membuka Kiosk Keusahawanan di FTSM.


Dr. Ibrahim menyampaikan idea beliau

Saudara Hazim mendengar akan apa yang disampaikan oleh Dr. Ibrahim





Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YDP, Naib YDP, Exco dan Timb Exco Kebajikan dan Kerohanian, Exco dan Timb Exco Kesukanan dan Keceriaan, Timb Exco Akademik, Exco ICT dan Informasi, Exco Hubungan Luar dan Timb Exco Hal Ehwal Siswa Siswi.

Hasil daripada mesyuarat ini, pihak PERTAMA dan KiT menyambut baik cadangan-cadangan yang diutarakan.

Aktiviti Kurban Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) Sempena Idul Adha 1435H

0

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua rakan mahasiswa/i Fakulti Teknologi & Sains Maklumat sekalian. Seperti yang sedia maklum pada 8hb Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H yang lalu pihak fakulti telah mengadakan majlis kurban sempena Hari Raya Aidil Adha. 



Aktiviti ini bertempat di dataran ICT iaitu bersebelahan dengan kafe FTSM dan aktiviti telah bermula seawal jam 8 pagi lagi dan telah diketuai oleh Dr. Ibrahim bin Mohamed bersama-sama pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain bergotong royong menjayakan aktiviti ini. 

Dr. Ibrahim bertungkus lumus menyiapkan daging masak kurma
Turut kelihatan YDP PERTAMA 2014/15 Saudara Hazim turut membantu menjayakan aktiviti ini

En. Akmal dan En. Hisyam turut membantu meyiapkan bahan-bahan masakan

Beberapa orang pelajar FTSM membantu bagi menjayakan aktiviti ini

Turut kelihatan staf FTSM membantu memotong daging
Aktiviti ini juga telah dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi fakulti termasuklah Timbalan Dekan Prasiswazah iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin b. Ab Aziz , Timbalan Dekan Pascasiswazah iaitu Prof. Madya Dr. Haslina bt. Arshad serta tidak ketinggalan Dekan fakulti iaitu Prof. Dr. Abdullah b. Mohd Zin. 

Pada jam 12.30 tengah hari, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Alumni UKM, YBhg Prof. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat telah hadir sebagai tetamu bagi aktiviti ini.