KELAB KEUSAHAWANAN





Perniagaan adalah satu mata pencarian yang terpuji dalam Islam, bahkan menurut sebahagian ulama, perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang paling utama. Sebagaimana sabda Baginda Nabi Muhammad SAW ketika di tanya apakah hasil yang paling baik?
Beliau menjawab, "Hasil pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik." (Hadis Sahih riwayat Ahmad)
 Hadis berkenaan begitu selaras dengan model pusingan aliran pendapatan dalam teori ekonomi. Interaksi antara isi rumah dengan firma di pasaran barang (dan perkhidmatan), serta di pasaran faktor (pengeluaran) hakikatnya membabitkan urus niaga jual beli.
Pendedahan tentang bab perniagaan dan keusahawanan perlu dipupuk. Perniagaan ialah suatu ibadah selama mana diikhlaskan demi keredaan-Nya, serta mematuhi segala hukum-hakam yang ditetapkan. Etika dan nilai murni wajib menjadi pegangan setiap peniaga jika ingin bertahan lama dalam bidang perniagaan yang penuh peluang, risiko dan saingan.
Penubuhan kelab sebegini dirancang di peringkat UKM khususnya, sebagai platform dan    penghubung untuk melahirkan usahawan - usahawan muda di kalangan mahasiswa/i di UKM yang akan dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh pihak tertentu dari semasa ke semasa.
Kelab Keusahawanan FTSM, UKM ditubuhkan di bawah naungan Unit Keusahawanan PERTAMA bagi mencapai empat objektif utama berikut :

1.      Untuk menghasilkan pemikiran yang inovatif dan kreatif dikalangan para pelajar dalam konteks perniagaan masa kini.

2.      Untuk menggalakkan para pelajar bergiat secara proaktif dan berdaya saing.

3.      Untuk mengembangkan bakat sedia ada dalam diri para pelajar dari segi perniagaan dan teknik komunikasi.

4.      Untuk  memperoleh pengetahuan dengan lebih mendalam dalam bidang keusahawanan.

Keanggotaan Kelab Keusahawanan FTSM, UKM adalah terbuka kepada semua pelajar FTSM, UKM.





Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus bertanya kepada : 
Nurul Syaheda Bt Mohd Farid
No. Tel : 0174998746

No comments:

Pages