Wednesday, 27 May 2009

Yuran kolej UKM naik !!!!!

1


Oleh JUNHAIRI ALYASA

junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bimbang dengan nasib mereka apabila pihak pengurusan kolej di universiti itu berhasrat untuk menaikkan yuran asrama daripada RM490 kepada RM600 bagi setiap semester bermula sesi depan.

Kenaikan yuran tersebut kini menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar kerana mereka sudah dibebani dengan kenaikan yuran pengajian sejak tahun lalu.

Malah, kesan kenaikan yuran asrama itu akan turut dirasai oleh 4,000 hingga 5,000 pelajar baru yang dijangka memulakan pengajian mereka tidak lama lagi.

Kosmo! difahamkan, kenaikan yuran asrama itu melibatkan lapan buah kolej kediaman iaitu Kolej Ibrahim Yaakub, Datuk Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai, Ibu Zain, Idris Al Marbawi, Tun Syed Nasir, Tun Dr. Ismail dan Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, pelajar yang menginap di dua buah kolej lagi iaitu Kolej Za'ba dan Keris Mas bakal menikmati penurunan yuran sebanyak RM90 ekoran penyelarasan yuran yang dilaksanakan oleh UKM.

Salah seorang pelajar fakulti undang-undang universiti itu yang cuma mahu dikenali sebagai Munirah mempersoalkan kenaikan yuran tersebut kerana mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar masih rendah.

"Kalau dilihat dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan Internet masih lagi mengecewakan pelajar di sini. Kalau nak naikkan yuran pun kena pastikan semua itu dipenuhi dahulu baru pelajar tidak akan mempersoalkan kenaikan ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, kesan kenaikan yuran pengajian pada tahun lalu masih lagi dirasai oleh kebanyakan pelajar dan ditambah lagi dengan bebanan baru ini menyebabkan ramai pelajar merungut.

"Tahun lepas pelajar baru kena bayar yuran pengajian sebanyak RM750 untuk satu semester berbanding sebelum ini cuma RM550. Sekarang nak naik lagi, saya yakin ramai yang akan pening kepala," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang cuma ingin dikenali sebagai Faizal meminta pihak pengurusan universiti mempertimbangkan semula kenaikan tersebut ekoran kemelesetan ekonomi dunia yang turut melanda negara ini.

"Saya merayu kepada pihak universiti pertimbangkan keputusan yang bakal dilaksanakan itu. Kalau boleh kami juga ingin tahu perincian sebenar yuran yang dibayar pada setiap semester supaya ada ketelusan di antara pelajar dan pihak pengurusan universiti,'' katanya.


Jadi....aper pandangan anda terhadap hal ini??? Sebelum ini yuran naik, yang digembar-gemburkan adalah yuran kolej di KKM dan KPZ akan turun, tp di"banyak" lagi kolej lain naik... hmm....Inikan universiti awam...yg dibina untuk menjaga kepentingan awam dan sebagai kemudahan untuk rakyat.... kemana duit2 nie semua akan pergi ya?? belum lagi ukm mendapat penganugerahan universiti APEX dimana universiti akan mendapat autonomi untuk pengurusan, kewangan dan lain2....hmm.... fikir2kan....anda sebagai pelajar pasti boleh menilai....

1 comments:

lady gigi said...

actually for those who stay at kolej za'ba since 2005 dh tau psl penyelarasan yuran kolej utk smua kolej kediaman @ ukm ni...in my opinion mmg patut buat penyelarasan yuran utk semua kolej...other colleges dpt larger room,free internet but yuran murah...so it's not fair bg student yg since first year dpt klj keris mas @ za'ba yg lack of those benefits but have to pay more....if pntadbiran ukm nak buat penyelarasan yuran bg semua kolej...logically, they're going to increase d fees of other colleges...x kan la diorang nak turunkan yuran dua2 kolej tu...plus...RM600 per semester (about RM4.50 per day for za'ba college)is nothing compare to other univ such as um which d cheapest room @ their residential college is like RM6.50 per day...multiple by 5 months...they have to pay extra RM300! so just think about it & bersyukur dgn apa yg ada :))