Sunday, 6 November 2011

Pengesahan Permohonan masuk peperiksaan!

0

Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 7 HINGGA 13 NOVEMBER 2011. Tindakan yg perlu dibuat:

a) Sekiranya semua maklumat betul & tiada percanggahan jadual, klik SAH.

b) Sekiranya terdapat percanggahan atau 3 kursus berturutan dalam satu
hari, maka klik butang BAHAGIAN AKADEMIK dan cetak paparan borang
tersebut. Catat kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang
perlu diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik
selewat-lewatnya 14 November 2011.

Sekiranya kalian gagal
membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, segala
butiran dianggap betul dan lengkap. Jika tidak hadir ke peperiksaan bagi
kursus tersebut, kalian akan diberi gred E (gagal). Rakan2 mahasiswa
yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00
!

Elakkan daripada didenda sebanyak RM15 tersebut ye =)

0 comments: