Saturday, 25 February 2012

Canon 5D MK III Bakal Diumumkan Pada Awal Minggu Hadapan?

0

Bagi para peminat DSLR daripada Canon, kini ia diperkatakan, Canon bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga DSLR Canon 5D, dengan memperkenalkan dan melancarkan Canon 5D III pada minggu hadapan, berkemungkinan pada 27 atau 28 Februari. Namun, pengesahan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Canon buat masa ini.
Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Pada masa yang sama, nama akhir untuknya masih tidak diketahui lagi, dimana beberapa ura-ura mengatakan ia akan menyertakan huruf “X” pada penamaannya.
Pada masa yang sama, menurut UberGizmo, kamera terbaru daripada Canon ini akan dijual pada harga sekitar $3500 (~RM10,500). Jadi, ada sesiapa yang akan membelinya kelak?
sumber: http://amanz.my

0 comments: