Friday, 16 December 2016

ISU PENGECUALIAN KREDIT PELAJAR LEPASAN DIPLOMA FTSM TAHUN 3

0

Alhamdulillah, pagi tadi saya telahpun menerangkan isu pengecualian kredit kepada pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM, antara isu yang berbangkit ialah ade beberapa subjek yang diminta pengecualian tidak diluluskan. Sebenarnya, ianya bukan tidak diluluskan tetapi belum dikemaskini di dalam sistem smpweb.
Semua subjek yang diminta di FTSM diberikan pengecualian kecuali subjek yang belum pernah diambil oleh para pelajar sewaktu diploma dahulu. Jika subjek tersebut pernah diambil maka permohonan pengecualian kredit kepada FTSM akan diluluskan.
Isu lain ialah berkenaan dengan citra bebas sebanyak 5 jam kredit yang telah para pelajar mohon pengecualian kredit daripada pusat citra dan fakulti-fakulti berbeza, untuk kursus citra ini, para pelajar perlu mengunggu surat kelulusan permohonan pengecualian kredit daripada pusat citra dan fakulti-fakulti berkenaan.
Saya dapat maklumat berkenaan dengan perkara ini daripada Prof. Dr. Rozilawati Razali, Timbalan Dekan Prasiswazah semasa saya berjumpa beliau semalam.
Sebarang pertanyaan boleh berjumpa terus dengan saya ataupun pihak Timbalan Dekan sendiri.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

0 comments: