Wednesday, 1 March 2017

ISU UKM WIFI

0

[UPDATE ISU UKM WIFI]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami Majlis Perwakilan Pelajar Apirasi telah menerima banyak aduan berkenaan dengan UKM wifi. Masih ramai yang membuat aduan tentang tidak boleh log masuk dan tidak dapat berhubung dengan pihak UKM wifi.
Kami akan berusaha untuk terus menggesa pihak Maxis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar UKM kerana masalah wifi ini telah berlanjutan sejak dari semester lalu lagi. Gesaan kami kekal sama iaitu untuk Maxis mematuhi kontrak yang telah dibuat bersama dengan pihak UKM khasnya berkaitan dengan mutu perkhidmatan mereka. Kami akan bekerjasama erat dengan pihak pengurusan UKM bagi menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.
Kami juga ingin mengingatkan para pelajar, mulai semester ini, seorang pelajar hanya boleh menggunakan satu peranti(device) yang berhubung dengan UKM wifi pada satu masa sahaja. Ini adalah antara solusi yang paling efektif bagi menyelesaikan masalah lebih pengguna pada satu-satu masa. Bagi pelajar yang tidak dapat berhubung dengan UKM wifi, mohon untuk membuat laporan terus kepada pihak maxis di talian 03-5635 3331 atau pada email maxisukmwifi@innacom.my
Selain membuat aduan kepada pihak maxis, para pelajar juga diminta untuk membuat aduan kepada kami, Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi pada Google Form yang telah kami sediakan.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi akan kekal komited dalam memperjuangkan hak mahasiswa menerusi saluran yang efektif dan terbaik buat semua.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
GALEEV G. LAJUTI
FARHA NADIA BINTI MD NIZAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017
Image may contain: text

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

0 comments: