Tuesday, 18 April 2017

PENCARIAN BARISAN KEPIMPINAN PERTAMA SESI 2017/2018

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adakah anda bercita-cita untuk berkhidmat sebagai seorang *pemimpin* pelajar?
Anda ingin menjadi *PERTAMA* dan menjadikannya salah satu platform untuk menyumbang kepada FTSM?
Anda ingin memperjuangkan *hak-hak kebajikan mahasiswa/i* di FTSM?
Anda mempunyai *idea-idea bernas* untuk menjalankan program yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga FTSM dan ingin merealisasikannya?
Jika jawapan anda adalah *YA* kepada semua soalan tersebut, maka andalah yang kami cari!
Mari sertai kami sebagai *legasi PERTAMA pada sesi 2017/2018*.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di *Bilik Gerakan PERTAMA*.
Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan mengikut butiran berikut :
*TARIKH : 11-21April 2017*
*TEMPAT : Bilik Gerakan PERTAMA, Blok D, FTSM*
*Temuduga* akan dilakukan bagi setiap permohonan yang *terpilih*.
Jangan lepaskan pengalaman berharga ini. Tunggu apa lagi? Marilah sertai kami!
"MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI"
PERTAMA SESI 2016/2017
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

0 comments: