PERTAMA di MERDEKA

salam perpaduan..

Bulan Ogos yang semestinya dikaitkan dengan bulan kemerdekaan setiap tahun...
Jadi.. sempena bulan kemerdekaan ini, PERTAMA juga tidak ketinggalan dengan aktiviti2 sempena sambutan ini..

Kalau nak diikutkan.. banyak je aktiviti yang boleh dijalankan.. tapi atas sebab kekangan masa, budget dan kesibukan kebanyakan ajk PERTAMA sendiri menghalang beberapa aktiviti dari dijalankan,,

Walaubagaimanapun,, PERTAMA ingin menarik kesemua pelajar FTSM untuk menyertai pertandingan2 sempena kemerdekaan yang akan diberitahu kemudian

PERTANDINGAN FOTOGRAFI dengan bertemakan MERDEKA, ini adalah pertandingan anjuran exco BHES bersama exco ICT. Peserta hanya perlu menangkap gambar yang bersesuaian dengan tema dengan berbekalkan skil fotografi yang ada.. tak perlu kamera yang mahal2.. kamera yang bese2 pun boleh.. asalkan gambar yang diambil berunsurkan kreativiti anda... gambar yang kreatif tidak keseluruhannya bergantung kepada sudut yang tepat, tetapi penggunaan props dan setting yang sesuai juga memainkan peranan yang sangat penting.. jadi... korang fikir la sendiri.. haha
Pertandingan ini akan dimulakan sebaik saja Notis pertandingan ditampal di mana2 papan kenyataan di FTSM..

PERTANDINGAN POSTER MERDEKA.. seperti nama pertandingan itu sendiri.. korang pun tahu apa nak buat kan.. student FTSM kalau tak mahir buat bende ni jangan la ngaku pelajar ftsm, sebab bende ni memang basic bagi pelajar IT kan.. hanya memerlukan skil menggunakan adobe photoshop atau Illustrator dan minda yang kreatif jugak.. yang ni mudah sikit dinilai kerana penilaian hanya dijalankan mengikut kesesuaian tema..
Kali ni.. setiap peserta hanya dibenarkan menghantarkan 1 penyertaan sahaja.. pasal resolution lak, korang buat lah seberape besar yang korang nak.. jangan kecik dari a4 dah la..
Pertandingan ni merupakan anjuran bersama exco BHES dan ICT PERTAMA...

Kedua-dua pertandingan yang dianjurkan ni merupakan suatu yang amat bermanfaat bagi pelajar terutama pelajar ftsm sebenarnya sebab selain dapat mengisi masa dengan berfaedah, kita dapat juga menguji dan meningkatkan skil sendiri dalam bidang pergambaran

So.. jom la join reramai!!!!



-exco ICT-

No comments:

Pages