Kempen Earth Hour: Tutup Lampu Selama Satu Jam Mulai 8.30PM, 28 Mac 2009


Kempen Earth Hour: Tutup Lampu Selama Satu Jam Mulai 8.30PM, 28 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Dalam usaha simbolik untuk menangani pemanasan global, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), menggesa rakyat Malaysia untuk memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 Mac.

Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius SK Sharma, berkata, tindakan itu selaras langkah pergerakan antarabangsa Earth Hour

Katanya, beberapa bangunan mercu tanda di negara ini seperti Menara Kuala Lumpur, Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall akan bersama-sama dengan bangunan mercu tanda di 74 negara lain dalam menjayakan pergerakan Earth Hour.

Duta Earth Hour Malaysia, Yasmin Ahmad, berkata pihaknya berharap untuk menghubungi lebih banyak syarikat korporat dan agensi kerjaan termasuk Kompleks Kerajaan Putrajaya dan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk turut serta dalam pergerakan itu.

Pergerakan Earth Hour mencatatkan kejayaan pada 2007 di Sydney, Australia di mana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan memadamkan lampu mereka selama sejam.

Untuk maklumat lanjut dan mengikrarkan sokongan bagi Earth Hour 2009, sila layari laman web http://www.earthhour.org/malaysia - BERNAMA

No comments:

Pages