Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, (PERTAMA) Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah badan kepimpinan pelajar bagi mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. PERTAMA bertindak sebagai pengantara bagi mahasiswa/i FTSM dan pentadbiran fakulti. Persatuan ini juga menjalankan pelbagai aktiviti bagi pelajar di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bertujuan bagi merapatkan hubungan sesama pelajar, pensyarah dan juga masyarakat sekeliling sebagai persediaan kepada mahasiswa/i FTSM bagi menghadapi cabaran sebenar di alam pekerjaan kelak. PERTAMA berfungsi bukan hanya kepada aspek kebajikan semata-mata malahan meliputi segenap aspek yang mendekatkan mahasiswa/i FTSM terhadap pelbagai isu semasa dan menyeselaikan permasalahan yang timbul dalam kalangan mahasiswa/i FTSM.
Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi
Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi
Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi
Kepimpinan yang mampan dan penghayatan sahsiah bagi melahirkan mahasiswa berinformasi dalam mengharungi arus globalisasi teknologi masyarakat.
Melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, berwawasan, intelektual, berteknologi maklumat dengan nilai-nilai sahsiah dan nilai-nilai murni.
"Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi"
⬤ Menekankan prinsip sama rata antara setiap mahasiswa/i di fakulti.
⬤ Memastikan kebajikan mahasiswa/i di fakulti terpelihara.
⬤ Menjadi tunjang kepada pembangunan mahasiswa/i di fakulti.
⬤ Mengutamakan kelab sebagai wasilah antara fakulti dengan pelajar.
⬤ Menguruskan organisasi secara bersistematik.
⬤ Meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa/i ke arah yang lebih optimum.
Coming soon.
Akan berlangsung pada 19/2/2018-22/2/2018.
Baju Korporat Fakulti Teknologi dan Sains Makumat,Universiti Kebangsaan Malaysia
Boleh hubungi kami di talian yang disediakan.