ISU PENGECUALIAN KREDIT PELAJAR LEPASAN DIPLOMA TAHUN 3 FTSM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, petang tadi saya dan beberapa orang pelajar telahpun berjumpa dengan Timbalan Dekan Pra-Siswazah untuk berbincang mengenai isu pengecualian kredit bagi pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM.
Hasil dari perbincangan tersebut, semua subjek yang pernah pelajar ambil semasa diploma dan minta untuk pengecualian dari pihak FTSM, semuanya diluluskan, dan surat kelulusan boleh di pejabat pra siswazah. Untuk subjek-subjek yang diminta dari fakulti lain, jika tidak mendapat kelulusan, maka anda tetap perlu mengambil subjek-subjek tersebut bagi melengkapkan jumlah jem kredit anda.
Seterusnya, untuk subjek TITAS, semua pelajar lepasan diploma tahun 3 FTSM PERLU AMBIL pada semester hadapan, ini berikutan, subjek TITAS yang anda pernah ambil semsa diploma dahulu tidak sama dengan yang akan anda ambil di UKM ini..
Segala persoalan dan permasalahan berkenaan dengan pengecualian kredit pelajar diploma tahun 3 ataupu tahun 2 bolehlah berjumpa terus dengan saya ataupun ketua Program masing-masing, ataupun terus kepada timbalan Dekan Prasiswazah sendiri.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image may contain: 2 people, people sitting, screen, living room, table and indoor

No comments:

Pages