UPDATE ISU PENEMPATAN KOLEJ DAN PEMBENTANGAN AKHIR PELAJAR TAHUN 3 FTSM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah surat permohonan kebenaran "checkout" kolej lewat tanpa dikenakan yuran tambahan telahpun saya serahkan ke pihak kolej-kolej. Kolej yang terlibat ialah Kolej Pendeta Za'ba, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar dan Kolej Keris Mas.
Sebarang makluman akan keputusan permohonan akan saya beritahu dari semasa ke semasa, semua pelajar FTSM tahun 3 juga dinasihatkan untuk turut memberitahu pihak pejabat kolej tentang anda akan "checkout" lewat.
Sebarang kata putus terletak pada pihak kolej kediaman masing-masing sama ada meluluskan permohonan ini ataupun tidak. Akhir kata, selamat maju jaya dalam peperiksaan dan Projek Akhir anda..
"Mahasiswa Berintegriti Pemangkin Keunggulan Prestasi"
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DZI MURAD
YANG DIPERTUA PERSATUAN MAHASISWA FTSM (PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017

No automatic alt text available.

No comments:

Pages