Mahasiswa/i FTSM Menjalani Program Mobiliti di Indonesia .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada hari ini 23/7/2017 (Ahad) , seramai 33 orang mahasiswa mewakili Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) telah berlepas ke Indonesia bagi program pertukaran pelajar iaitu program FTSM SUMMER SCHOOL di Universitas Sriwijaya , Palembang, yang diwakili oleh 20 orang mahasiswa dan
13 orang mahasiswa di Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, Malang yang bermula pada 23/7/17 sehingga 20/8/17.
Antara kursus-kursus yang ditawarkan UNSRI adalah:
1. Game Programming and the Indonesian Culture (3 unit).
2. Entrepreneurship in the Indonesian Society (3 unit).
3. Professional Ethics in the Indonesian Perspective (2 unit).
Justeru , pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa yang mengikuti program mobiliti ini, semoga mahasiswa FTSM dapat menimba pelbagai ilmu sepanjang program ini berlangsung seterusnya kami juga ingin mengingatkan supaya mahasiswa yang terlibat dapat menjaga serta mengharumkan nama baik UKM , khususnya FTSM sepanjang mereka berada di tempat orang .
SELAMAT MAJU JAYA !

MAHASISWA BERINTEGRITI PEMANGKIN KEUNGGULAN PRESTASI 

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2017/2018




No comments:

Pages