Saturday, 30 November 2013

KELAB PENGATURCARAAN FTSM

0






Kelab pengaturcaraan ialah satu kelab yang menjurus kepada bidang dan program yang berbentuk pengaturcaraan. Disamping itu, kelab ini aktif dalam menganjurkan atau menyertai Pertandingan Pengaturcaraan yang telah dianjurkan di peringkat kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007. Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh UiTM. Beberapa universiti lain seperti USIM dan UNITEN juga turut menganjurkan acara seumpama ini setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan ATUR juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.
Penubuhan kelab sebigini dirancang di peringkat UKM khusus sebagai platform bagi memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM ICPC Asia Regional Contest sepanjang tahun 2013 dan seterusnya.


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus berhubung :



NUR HASANAH BINTI SARIJUDIN 


no phone : 0132455474

0 comments: